Keusahawanan Internet
Oleh: Irfan Khairi
Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!
1: Tawani melalui kualiti yang tinggi
Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.
Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.
2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik
Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.
Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran "fast-food" mendapat permintaan yang tinggi!
3: Tawani melalui harga yang lebih rendah
Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.
Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.
4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan
Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!
Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.
Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.
5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran
Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.
Sebagai contoh, Maggie merupakan ketua pasaran mee segera oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran
tersebut. Sehingga kini, jenama Maggie mendahului jualan segala mee segera.
Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.
Strategi yang sukar, tetapi dengan impelemntasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar. Perkara ini juga boleh diaplikasikan untuk perniagaan Internet.
Keusahawanan Internet
Jadilah usahawan internet yang sejati, usahlah dirundung kesedihan kerana wujudnya persaingan yang sengit di dalam bidang perniagaan. Yakinlah dengan janji Ilahi di mana usahawan internet yang jujur dan beriman akan pasti berjaya di dunia dan akhirat.
Sunday, October 30, 2011
Saturday, October 8, 2011
Jutawan Ghairah! (Passionate Millionaire)
Keusahawanan Internet
Oleh: Irfan Khairi
Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat. Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapa kita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukan karier yang kita amat-amat sangat minat?
Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendak lakukan sesuatu yang kita tidak minat?
Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaan yang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut.
Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpa seseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinya usahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahan dalam perniagaan masing masing.
Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kaya di dunia pernah berkata bahawa: "Kalau saya tidak mendapat walaupun satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komuputer!". Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang mencipta perisian komputer.
Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, Michael Dell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernah menceritakan bahawa "Ketika saya di sekolah menengah, saya membina komputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputer adalah minat saya!". Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan dan minat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaire seperti Bill Gates.
Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnya mempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejak kecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagai banggunan mewah serata dunia dalam portfolionya!
Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan universiti untuk memulakan kerier dalam bidang yang mereka minat. Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minat sebagai kerier pilihan.
Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi terpaksa. Apa pula nasihat saya?
Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan "Jangan memilih kerja", nasihat saya pastinya berbunyi "Pilih kerja dengan tepat!" lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.
Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan "dipaksa" melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan terperangkap dalam keadaan tersebut untuk tahun-tahun yang akan datang.
Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masa untuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat. Sekiranya terperangkap dalam kerier yang kita tidak minat, bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang. Mungkin 3 tahun, mungkin 5 tahun... atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam keadaan itu, akan terasa pula perasaan "rugi" kalau berhenti dan melakukan sesuatu yang lain.
Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukan sesuatu yang kita tidak minat!
Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu, sama ada kerier bekerja makan kagi, atau karier sebagai usahawan menjadi keghairahan kita?
Berikut adalah checklist untuk anda:
* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu!
* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa seronok dan gembira melakukannya!
* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akan merasa bosan melakukannya!
* Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita, kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahan menjawab soalan-soalan yang ditanya!
* Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minat dan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannya bermati-matian!
Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yang panjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek. Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti "Mengapa anda memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?", jawapan yang diberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapa ghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.
Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yang kita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang mereka tidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan. Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewangan berjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.
Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadi usahawan yang ghairah. Jadilah jutawan ghairah!

Subscribe to:
Posts (Atom)