Monday, February 16, 2009

5 Langkah Membina Minda Jutawan

Oleh: Irfan Khairi

Keusahawanan Internet

Pernahkah anda fikirkankan, apakah sebenarnya di dalam minda seorang jutawan? Apakah persediaan minda yng dilakukan untuk menjadi seorang yang berjaya?

Pernahkah anda dengar cerita tentang seseorang yang tiba-tiba mendapat durian runtuh (dari segi kewangan, bukan durian!), tetapi, tidak lama kemudian segala yang dimiliki hilang entah ke mana?

Ini adalah kerana minda seseorang itu belum bersedia menerima situasi durian runtuh tersebut. Maka, terjadinya konflik antara minda yang belum bersedia dan tingkah lakunya.

Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas orang-orang yang berjaya, tidak kira jutawan, ahli sukan, personality atau ahli politik. Teknik yang sering digunakan dalam menguasai minda di gelar NLP (Neuro linguistic programming). Artikel ini menyentuh satu cara menguasai minda yang sering digunakan dalam mempersedia dan mencapai apa sahaja kejayaan.

Fikiran manusia adalah sesuatu yang amat kompleks di mana ia dikatakan manusia belum lagi menggunakan kuasa minda sepenuhnya. Minda anda adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tiada komputer di dunia dapat berfungsi seperti minda anda. Bagaimanakah caranya
menggunakan kuasa minda untuk berjaya? Berikut adalah 5 langkah untuk membangunkan minda jutawan...

Langkah 1: Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.

Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkannya pada kebanyakan masa. Apa yang anda sering fikirkan? Usahawan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan kejayaan berurusniaga. Ahli sukan yang berjaya sering memenuhi mindanya
dengan gambaran memenangi pingat.

Ahli sukan popular, Lance Armstrong pernah menghidap penyakit barah yang amat serius sehinggakan para doktor menganggap beliau tidak akan dapat meneruskan hidup. Lance Armstrong bukan sahaja membuktikan beliau boleh pulih dari barah, tetapi dengan
menggunakan teknik memenuhi fikirannya dengan gambaran kejayaan dalam bidang lumba basikal, Lance kemudiannya memenangi pertandingan basikal yang paling sukar sekali, iaitu Tour de France sebanyak 7 kali!

Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ianya akan menjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga minda anda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.

Langkah 2: Sebutkan dengan jelas

Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation. Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan
diri sendiri. Affirmation yang paling popular digunakan di dunia adalah:

"In every day and every way I am getting better and better".

"Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik"

Ianya adalah penting untuk kata-kata anda adalah sesuatu yang benar. Maksudnya, sekiranya setiap hari anda menjadi semakin malas, maka, kata-kata itu tidak akan membantu, tetapi hanya akan mengurangkan motivasi anda oleh kerana minda akan menemui konflik.

Sebagai contoh, sekiranya anda menyebut berulang kali "Saya akan pergi ke Gym untuk bersenam dan menjadi semakin kuat", tetapi anda hanya duduk di rumah dan bermain Playstation 2 anda 24jam sehari, kata-kata affirmation tersebut tidak akan membantu anda. Malah, ianya akan mengurangkan motivasi anda.

Apabila memberi affirmation, sebutkan yang benar sahaja seperti "Saya kini tiada wang, saya perlu menyiapkan novel saya yang akan membantu dalam kewangan saya!". Kemudian, terus ke komputer anda dan mula kerjakan novel anda itu!

Langkah 3: Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan

Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut. Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama
swimming pool dan 3 buah kereta mewah di garage. Sekiranya anda seorang ahli sukan, maka bayangkan anda memenangi acara anda. Berdiri di podium dan disarungi pingat emas.

Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk mencapai cita-cita tersebut. Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca dan sebagainya dengan jelas.

Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran ini di dalam minda anda, lebih hebat efeknya kepada anda. Simpan gambaran tersebut selama 1 minit... 5 minit... 10 minit dan sebagainya. Seorang pemain bola sepak terkenal sebelum memulakan perlawanan bola sepak, menyimpan
gambaran kejayaannya di padang dalam kepalanya selama 90 minit- iaitu jangka masa seluruh perlawanan!

Kekerapan anda menggabarkan ini juga akan membantu, di mana sekiranya anda lebih kerap membayangkannya setiap hari, maka, ia akan mudah menjadi untuk anda. Jangan lupa- anda akan menjadi apa sahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

Langkah 4: Masukkan emosi

Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya.

Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk hireraki keperluan Maslow. Bayangkan diri anda gembira, keluarga anda gembira, teman-teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda. Ketika affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi oleh
kerana ianya akan membantu anda.

Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi anda.

Langkah 5: Percaya dan yakin ini terjadi

Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan, kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar, kesemuanya adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakin
anda akan berjaya.

******

Kejayaan adalah keadaan minda. Dengan menguasai minda anda, iaitu dengan cara anda berfikir, anda juga boleh membangunkan minda jutawan di dalam fikiran anda.

Bagaimanakah langkah-langkah ini membantu anda? Bayangkan scenario ini yang saya pasti anda pernah lalui.

Anda bangun dari tidur dan mendapati jam loceng anda tidak berbunyi dan anda kini lewat untuk satu temujanji yang penting! Apa yang terjadi? Dengan serta merta anda keluar dari katil, menyiapkan diri anda dengan pantas. Secara tiba-tiba anda mengerah seluruh tenaga anda untuk memotivasikan anda memenuhi temu janji itu, bukan?

Cuba fikirkan, adakah ketika itu minda anda dipenuhi dengan langkah-langkah di atas? Sudah tentunya. Sebaliknya, anda boleh menggunakan langkah-langkah ini untuk memotivasikan anda mencapai kejayaan yang anda inginkan.

Keusahawanan Internet

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

visitor stats