Thursday, April 24, 2008

Tip 3# Tip Mudah Kekalkan Pelawat Setia Blog Anda

(keusahawanan internet)

Ramai yang kekeringan idea di saat perlunya blog 'di-isi' dengan sesuatu tulisan. Pelawat pula asyik tertanya mengapa blog anda tidak dikemaskini. Topik pula semakin lari dan meleret-leret dan jauh dari topik sebenar.

Kini, mereka telah 'pergi' jauh dari blog yang mereka selalu kunjungi dan mungkin akan terus tidak lagi mengunjungi blog anda. Enjin carian pula semakin 'menjatuhkan' kedudukan anda di senarai enjin carian. Mahukah begitu terjadi kepada anda?

Ketahuilah, tujuan pertama dan terakhir pelawat ke blog anda adalah untuk mendapatkan informasi terkini mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan topik blog anda. Mereka mahukan tulisan demi tulisan dari anda. Inilah hakikatnya (pengalaman
saya).

Maka pastikan anda sentiasa menghasilkan tulisan walaupun seringkas mana pun. Ia amat bermakna kepada pelawat blog anda terutama pelawat tetap.

Maka, tip ketiga kali ini amat mudah dan ringkas.

Sentiasa kemaskini blog anda terutama menghasilkan tulisan yang 'fresh' secara konsisten. Itu sahaja untuk tip ketiga ini.


Ikhlas,
Mohd Zulfadli.

(keusahawanan internet)

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

visitor stats