(keusahawanan internet)
Tip ke-3 pada dua hari yang lepas adalah tergantung sebenarnya (tidak lengkap) dan saya sengaja melakukan sebegitu. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana untuk mendapatkan idea menulis? Ya, itulah yang kurangnya pada tip ke-3.
Pada tip siri ke-4 ini, saya akan memberikan 3 cara efektif dan mudah untuk mendapatkan idea menulis yang berkaitan dengan topik blog anda. Tiga cara tersebut adalah:
1. Melawat laman web yang berkaitan dengan topik blog
2. Melawat blog yang sama bidang dengan anda
3. Forum yang berkaitan dengan topik blog
Melawat laman web yang berkaitan dengan topik blog
Untuk cara ini, saya memberikan salah satu cara saya (psst, rahsia ni). Lawati laman web direktori artikel seperti http://ezinearticles.com. Di sana terdapat begitu banyak artikel-artikel yang berlainan kategori, maka pilihlah artikel yang berkaitan dengan blog anda.
Baca beberapa artikel dan daripada pembacaan itu pilih salah satu tajuk artikel yang paling menarik minat anda dan tulis kembali mengikut cara dan gaya anda di blog. Ingat, jangan tiru bulat-bulat artikel tersebut, sebaliknya anda menulis daripada kefahaman selepas anda membaca artikel di laman web itu tadi.
Melawat blog yang sama bidang dengan anda
Anda lakukan lawatan ke beberapa blog lain untuk membaca apa yang ditulis mereka. Dari pembacaan itu, biasanya akan timbul dua perkara di fikiran anda:
1. Mengulas perkara yang lebih kurang sama dengan apa yang ditulis di blog tersebut
2. Mendapat idea atau sesuatu tajuk yang tertentu sebaik sahaja membaca tulisan-tulisan mereka. Perkara kedua ini secara biasanya akan berlaku.
Forum yang berkaitan dengan topik blog
Inilah salah satu cara saya juga. Teknik yang selalu saya guna pakai. Caranya sungguh mudah iaitu anda masuk ke forum yang berkaitan dengan topik blog anda. Selidik dan perhatikan apakah topik panas yang sedang dibincangkan, atau apakah masalah yang sering dipersoalkan oleh ahli forum. Atau sekurangnya, apa sahaja topik dan masalah di forum tersebut. Pilih satu topik dan masalah dan tulis satu artikel di blog anda.
Akhir kata bagi tip 4 ini, pastikan blog anda hidup!
Ikhlas,
Mohd Zulfadli.
(keusahawanan internet)
No comments:
Post a Comment