(keusahawanan internet)
Ada dua faktor penting yang sering membuat kita tidak dapat mengorakkan langkah pertama ke arah kejayaan dan kewangan.
Dua faktor tersebut adalah faktor utama kegagalan:
1: Zon Selesa
***************
Faktor pertama yang menyebabkan kita gagal mengambil langkah pertama ke arah kejayaan adalah kerana Zon Selesa kita.
Semua orang mempunyai zon selesa. Iaitu keadaan di mana anda rasa selesa dan tidak mahu berubah.
Boleh dikatakan keadaan anda sekarang ini... sedang membaca email ini. Terasa selesa di depan komputer. Nak berubah dari keadaan zon selesa anda kini terasa berat... oleh kerana anda selesa dengan keadaan semasa ini.
Hidup kita juga terdapat zon selesa. Iaitu kehidupan anda kini- anda terasa selesa dengan keadaan hidup anda. Walaupun faktor ini dinamakan "zon selesa", walaupun keadaan yang tidak selesa (kekurangan), masih juga menjadi "zon selesa" bagi anda.
Faktor Zon Selesa mengatakan, ia adalah amat sukar untuk seseorang itu keluar dari zon selesanya. Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Tabiat akan membuatkan kita terperangkap di zon selesa.
Setiap kali peluang tiba untuk kita keluar dari zon selesa, tabiat akan menarikkan kita balik ke zon selesa. Setiap kali kita ingin keluar dari keadaan semasa, tabiat akan menarikkan kita kepada keadaan kita kini. Itulah akibat tabiat.
Berita buruknya ialah amat sukar untuk keluar dari Zon Selesa kita.
Berita baiknya pula, sekiranya anda berjaya keluar dari Zon Selesa anda dan berfungsi pada keadaan yang baru (diluar zon selesa) buat satu jangka masa yang tertentu, Zon selesa anda juga akan turut berubah kepada keadaan yang baru. Tabiat anda akan berpegang pada zon selesa baru.
Sebagai contoh, sekiranya anda sering bekerja 4 jam sehari tanpa henti, ini adalah zon selesa anda. Apabila anda ingin bekerja lebih dari 5 jam sehari, anda terasa tabiat tidak membenarkan anda melakukannya oleh kerana ianya di luar zon selesa anda (malas lah tu :-)).
Sekiranya anda berjaya memaksa diri anda keluar dari zon selesa tersebut dan memaksa diri anda bekerja 5 jam sehari untuk satu jangka masa tertentu sehingga ianya menjadi tabiat, zon selesa kerja anda akan berubah kepada 5 jam bekerja!
Dan pada ketika itu, sekiranya anda ingin bekerja 4 jam sehari, anda akan rasa tidak selesa kerana ia di luar zon selesa anda.
Faktor ini boleh diaplikasikan kepada bermacam-macam keadaan. Pendapatan anda kini RM2,000? Mungkin itu adalah zon selesa anda dan berusaha untuk mendapatkan RM3,000 sebulan adalah di luar zon selesa anda. Anda ingin memulakan perniagaan tetapi asyik
menundakan perancangan anda?
Mungkin itu adalah zon selesa anda.
Memulakan perniagaan adalah di luar zon selesa anda. Anda ingin menulis buku tetapi, tidak mempunyai masa untuk menulis? Mungkin itu adalah zon selesa anda- menulis buku adalah di luar zon selesa anda.
Namun sekiranya anda berusaha mendapatkan pendapatan RM3,000 sebulan, memaksakan diri anda memulakan perniagaan serta menyiapkan buku yang anda tulis, zon selesa anda akan berubah ke zon selesa baru.
Keadaan anda pun telah upgrade ke keadaan zon selesa yang baru!
2: Fikirkan tidak boleh!
**************************
Faktor kedua adalah fikirkan tidak boleh!.
Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah terhadap kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.
Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap kali peluang atau keadaan hadir di depan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.
Pakar psikologi, Abraham Maslow mengatakan; "memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya".
Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di mana Eddy Murphy menjadi Professor Sherman yang amat gemuk) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".
Anda juga perlu menjadi seperti ini. Bukan menjadi amat gemuk! :). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!".
Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak Boleh" Fikirkan tidak boleh ini berkaitan rapat dengan konsep kendiri kita. Konsep kendiri bermaksud bagaimana anda melihat diri anda sendiri.
Sekiranya anda melihat diri anda mempunyai keyakinan diri yang rendah, maka begitulah cara anda akan fikirkan tentang keseluruhan diri anda dan anda akan kaitkannya dengan apa sahaja anda lakukan.
Semoga bermanfaat.
Jadikan panduan dalam menjalankan perniagaan anda.
Salam kejayaan!
Wassalam.
Rakan usahawan anda,
M. Zaki
(keusahawanan internet)
No comments:
Post a Comment