Assalamualaikum dan salam ceria !
Apa khabar ? Ingat saya lagi tak ?
Oklah, minggu lepas saya ada bagi tips
mengenai bersikap positif sebagai elemen
kejayaan dalam kehidupan.
Kali ni saya nak cerita sedikit mengenai
rakan saya ni yang mempunyai personal
problem. Tapi sebagai renungan bersamalah,
ia sekadar menjadi pengajaran dan iktibar juga.
Rakan saya ni dinamakan A, seorang goverment
servant, orang gomen lah katakan.. Agak stable dr segi kewangan
dan ada kereta/umah sendiri serta sudah pun mengedarkan
kad jemputan kahwinnya minggu ini.
Saya ingat si A happy la sebab nak kahwin,
but last2 minute cancel sebab keluarga
belah perempuannya ada excuse. Dalam masa
itu juga mereka putus tunang sedangkan hari
akad beberapa hari lagi.... Saya pun
taknaklah ambil tahu sangat tapi yang si A
agak frust menonggeng jugalah..
Saya slow talk dengan dia pagi dalam kol 9am
kat salah sebuah restoran yang biasa dia lepak. Tgk
A menung sorang² pagi tadi.. So saya
ambil ruang ini untuk membantunya
supaya tidak terlalu depression.
Dengan slumber saya sapa dan duduk untuk
breakfast, bincang hal-hal ringan dan kendian
mendoakan masa depan dia yang lebih cerah.
Apabila dia mula rileks dan sedia untuk
menyatakan sesuatu yang lebih berat.
Saya cuma mendengar dan memahaminya
apa yang merungsingkan benar pemikirannya
itu agar release sebentar supaya tidak
terlalu menyimpan...
Saya simpati apa yang berlaku namun
sebagai kawan yang baik ia hanya menjadi
pendengar yang baik dan memberi nasihat.
Saya cerita pasal nasib kengkawan yang lain
lebih teruk daripada si A.. iyelah saya ni jenis
kaunselor juga, dan sentiasa prihatin
mendengar apa-apa masalah orang dan
mengurusnya dengan professional.
Lebih kurang dalam 20 minit sembang,
saya berjaya membuat dia tersenyum
nasihat saya hanya supaya dia mengerti
hikmah semua ini. Ada banyak Allah beri ujian
untuk hambaNya supaya mereka berfikir
kembali tentang kehidupan..
Nasihat yang baik adalah datangnya dari
hati yang ikhlas.. saya cuma mahu dia
release, supaya tidak terlalu stress..
Cerita si A, dia mmg terbuka dan beri masa
untuk dia 'pulih'.. saya suruh dia bercuti
ke mana-mana pulau percutian.. jadikan masa
untuk menenangkan fikiran..
Then bila tiba masa untuk beredar dari situ saya nak
belanja dia makan breakfast tadi sebaliknya dia
terlalu baikhati sangat membayar semuanya.
Em.. mcm pelik pula saya dibuatnya..
So bila kita ada kawan yang sebegini,
better anda positifkan diri
untuk mempositifkan orang lain..
Aura positif ini akan menyebar seluruh alam.
itulah konsep Law of Attraction. Kita
mampu mempengaruhi orang lain dengan
gaya tersendiri...
Then rakan yang baik itu akan menolong bila
dalam kesusahan.. Memahami mereka dari dalam
dan bukannya kerana kepentingan lain.
Saya ucapkan selamat maju jaya untuk A,
moga selepas cuti nanti dia akan kembali
pulih dan jadi lebih Hebat lagi !
Sharing is caring...
Code7 aka Fahmy
RahsiaEbiz.Com : Portal Bisnes Online Anda
EbookJutawan.Com : Rahsia InfoProduk Paling Menguntungkan di Internet
No comments:
Post a Comment