Thursday, November 28, 2013

DiTIPU di INTERNET!

Keusahawanan Internet

Oleh: Irfan Khairi

Pernahkah anda menerima email mengatakan anda telah memenangi sejumlah wang yang besar dalam satu pertandingan, tetapi tidak pula tahu menahu bila masa anda menyertai sesuatu pertandingan tersebut? Ataupun email yang berbunyi meminta tolong anda menerima sejumlah wang yang besar dari seorang pewaris yang kaya raya bagi pihaknya? Atau email memintak anda masukkan sejumlah wang ke akaun bank entah siapa yang menjanjikan anda akan mendapat pulangan bekali-kali ganda?

Mungkin pernah bukan?

Selain daripada mempelajari cara bagaimana kita perlu menjimat wang, serta cara mencari pendapatana tambahan, pastikan juga kita sedar bahawa terdapat juga pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di luar sana yang yang akan cuba sedaya upaya mencuri wang daripada anda secara senyap-senyap. Dengan adanya Internet, penipuan sebegini seringkali berlaku.

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda antara teknik-teknik penipuan di Internet yang selalu terjadi, dan selalu juga ramai antara kita tertipu sehingga beribu-ribu RM! Pastikan anda tidak terpedaya ...

Penipuan pertama: Penipuan phishing


Berasal daripada perkataan 'fishing' atau 'memancing', apa yang dilakukan di sini adalah, penipu tersebut akan menghasilkan laman web yang serupa dengan laman web yang lain- sering kali institusi kewangan seperti bank, kad kredit atau laman merchant seperti PayPal.com.

Anda akan menerima email yang berbunyi lebih kurang meminta anda log masuk ke akaun bank atau kad kredit anda untuk mengemaskini maklumat atau apa sahaja. Kadang kala emailnya berbunyi amat terdesak, mendesak anda log masuk ke akaun anda dengan kadar segera.

Apa yang terjadi adalah, apabila anda log masuk di 'laman web' tipu tersebut, penipu Internet ini akan mendapat username dan kata laluan anda melalui laman web yang serupa seperti laman web bank anda, dan mereka akan menggunakan maklumat ini di laman bank anda sebenar dan mengeluarkan wang anda!

Penipuan phishing, adalah untuk mendapatkan username dan kata laluan anda melalui laman web klon. Ianya agak sukar untuk dikenalpasti laman web phishing ini, oleh kerana ianya ditiru tepat seperti laman web asal. Namun, satu caranya adalah, untuk anda melihat URL yang tertera di bahagian browser web anda (Internet Explorer, Chrome, Firefox dan lain lain), sama ada URL laman web tersebut adalah laman web yang sebenar institusi kewangan, bank atau kad kredit anda. Laman web phishing akan menggunakan URL yang berlainan. Pastikan anda tidak tertipu!

Penipuan kedua: Penipuan minta bantuan

Antara penipuan terawal yang berlakuk di Internet adalah apa yang dikenali sebagai "Nigerian scam" mungkin kerana ianya berasal dari negara tersebut. Tetapi hingga hari ini, penipuan yang sama telah diadaptasikan kepada pelbagai cara- tetapi isinya tetap sama.

Kali ini, email yang diterima seakan meminta bantuan anda dan diberi upah yang tinggi untuk menerima sejumlah wang yang besar- mungkin kerana seseorang telah mewarisi sejumlah wang tersebut, atau sesuatu syarikat memerlukan tempat untuk memindahkan sejumlah wang, atau seseorang telah memenangi pertandingan tetapi perlu tempat di negara lain (mereka berasal dari negara yang lain) untuk depositkan sejumlah wang tersebut, atau apa sahaja alasan dan cerita akan dihasilkan untuk meyakinkan anda bahawa terdapat sejumlah wang perlu melalui anda terlebih dahulu. Awas!

Penipuan ini meminta anda memberitahu maklumat sulit bank anda kepada mereka oleh kerana dengan maklumat tersebut, bukannya wang yang akan dimasukkan ke akaun bank anda- tetapi, pastinya wang yang akan lesap dari akaun anda.

Penipuan sebegini sudah berlaku sejak dulu lagi, namun sehingga hari ini masih ada yang tertipu oleh kerana inginkan wang dengan mudah. Ingat, tiada cara mendapat wang mudah!

Penipuan ketiga: Penipuan meminta sedekah

Penipuan sebegini akan menarik emosi kemanusiaan kita untuk membantu sesuatu tragedi, mala petaka atau kisah menyayat hati dengan cara meminta sedekah atau bantuan. Di dalam email sebegini, akan tertera maklumat bank si penipu untuk anda masukkan sejumlah wang mengikut kemampuan anda sebagai tanda membantu masalah yang diketengahkan. Adakalanya email sebegini sememangnya benar, tetapi, jangan lupa bahawa terdapat mereka yang tidak bertanggung jawab yang akan menggunakan alasan meminta bantuan ini untuk kepentingan sendiri.


Sekiranya anda menerima email sebegini, dan anda sememangya berniat untuk membantu, apa kata anda ambil sedikit masa untuk melakukan sedikit penyelidikan, dan hubungi badan-badan tertentu yang sememangnya membantu atau mengendalikan masalah dan isu tersebut. Pastikan wang anda di salurkan kepada pihak yang sememangya memerlukan bantuan dan bukan pada pihak yang berniat jahat dan menggunakan sesuatu masalah sebagai ruang untuk meraih keuntungan.

Anda telah bertungkus lumus bekerja untuk mendapatkan wang, jangan pula wang tersebut dengan mudahnya jatuh kepada tangan orang yang berniat tidak baik. Sentiasa berjaga-jaga oleh kerana penipu wang zaman ini semakin licik!

Keusahawanan Internet

Sunday, June 30, 2013

Bagaimana Memulakan Perniagaan Dari Kosong

Keusahawanan Internet

Oleh: Irfan Khairi

Kebanyakan daripada kita mahu menjalankan perniagaan sendiri, mahu bebas kewangan dan bebas masa untuk bersama keluarga. Sering kali, halangan yang kita hadapi adalah, kita selalu memikirkan "saya perlu duit yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan".

Sekiranya MODAL merupakan faktor utama kepada anda, saya mencadangkan supaya anda menyemak dan mengenalpasti 3 kaedah ini untuk memulakan perniagaan dengan modal yang MINIMA iaitu;

1. TANGGUHKAN perniagaan yang biasa dilakukan oleh usahawan lain seperti menyewa pejabat, mengupah pekerja dan sebagainya yang melibatkan kos PERMULAAN yang tinggi. Menangguh bukan bermakna untuk selama-lamanya tidak mempunyai pejabat TETAPI ia adalah permulaan bagi kita dalam memulakan perniagaan - ianya boleh dijalankan dari rumah.

2. Menjalankan perniagaan melalui Internet menggunakan tools Internet yang sedia percuma, seperti blog, Facebook, dan Paypal, yang hanya memerlukan sedikit usaha daripada anda untuk menambahkan cara, kaedah dan strategi menjalankan perniagaan Internet.

3. Belajar kaedah menguruskan masa. Sebenarnya, modal dan masa adalah komoditi yang sama sifatnya. Sekiranya anda tiada modal untuk memulakan perniagaan, anda perlu mengorbankan lebih masa. Caranya adalah dengan mengetahui cara menguruskan masa anda dan memulakan perniagaan secara sampingan dari rumah.

Ada banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk menjalankan perniagaan dari 0, antaranya mengetahui apa yang pelanggan mahukan, apa yang perlu kita tawarkan serta langkah yang boleh kita ambil secara percuma untuk mepromosikan perniagaan kita.

Keusahawanan Internet
Related Posts with Thumbnails
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

visitor stats