Saturday, May 10, 2008

Apakah 2 Faktor Utama Kegagalan?

(keusahawanan internet)

Ada dua faktor penting yang sering membuat kita tidak dapat mengorakkan langkah pertama ke arah kejayaan dan kewangan.

Dua faktor tersebut adalah faktor utama kegagalan:

1: Zon Selesa
***************
Faktor pertama yang menyebabkan kita gagal mengambil langkah pertama ke arah kejayaan adalah kerana Zon Selesa kita.

Semua orang mempunyai zon selesa. Iaitu keadaan di mana anda rasa selesa dan tidak mahu berubah.

Boleh dikatakan keadaan anda sekarang ini... sedang membaca email ini. Terasa selesa di depan komputer. Nak berubah dari keadaan zon selesa anda kini terasa berat... oleh kerana anda selesa dengan keadaan semasa ini.

Hidup kita juga terdapat zon selesa. Iaitu kehidupan anda kini- anda terasa selesa dengan keadaan hidup anda. Walaupun faktor ini dinamakan "zon selesa", walaupun keadaan yang tidak selesa (kekurangan), masih juga menjadi "zon selesa" bagi anda.

Faktor Zon Selesa mengatakan, ia adalah amat sukar untuk seseorang itu keluar dari zon selesanya. Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Tabiat akan membuatkan kita terperangkap di zon selesa.

Setiap kali peluang tiba untuk kita keluar dari zon selesa, tabiat akan menarikkan kita balik ke zon selesa. Setiap kali kita ingin keluar dari keadaan semasa, tabiat akan menarikkan kita kepada keadaan kita kini. Itulah akibat tabiat.

Berita buruknya ialah amat sukar untuk keluar dari Zon Selesa kita.

Berita baiknya pula, sekiranya anda berjaya keluar dari Zon Selesa anda dan berfungsi pada keadaan yang baru (diluar zon selesa) buat satu jangka masa yang tertentu, Zon selesa anda juga akan turut berubah kepada keadaan yang baru. Tabiat anda akan berpegang pada zon selesa baru.

Sebagai contoh, sekiranya anda sering bekerja 4 jam sehari tanpa henti, ini adalah zon selesa anda. Apabila anda ingin bekerja lebih dari 5 jam sehari, anda terasa tabiat tidak membenarkan anda melakukannya oleh kerana ianya di luar zon selesa anda (malas lah tu :-)).

Sekiranya anda berjaya memaksa diri anda keluar dari zon selesa tersebut dan memaksa diri anda bekerja 5 jam sehari untuk satu jangka masa tertentu sehingga ianya menjadi tabiat, zon selesa kerja anda akan berubah kepada 5 jam bekerja!

Dan pada ketika itu, sekiranya anda ingin bekerja 4 jam sehari, anda akan rasa tidak selesa kerana ia di luar zon selesa anda.

Faktor ini boleh diaplikasikan kepada bermacam-macam keadaan. Pendapatan anda kini RM2,000? Mungkin itu adalah zon selesa anda dan berusaha untuk mendapatkan RM3,000 sebulan adalah di luar zon selesa anda. Anda ingin memulakan perniagaan tetapi asyik
menundakan perancangan anda?

Mungkin itu adalah zon selesa anda.

Memulakan perniagaan adalah di luar zon selesa anda. Anda ingin menulis buku tetapi, tidak mempunyai masa untuk menulis? Mungkin itu adalah zon selesa anda- menulis buku adalah di luar zon selesa anda.

Namun sekiranya anda berusaha mendapatkan pendapatan RM3,000 sebulan, memaksakan diri anda memulakan perniagaan serta menyiapkan buku yang anda tulis, zon selesa anda akan berubah ke zon selesa baru.

Keadaan anda pun telah upgrade ke keadaan zon selesa yang baru!


2: Fikirkan tidak boleh!
**************************
Faktor kedua adalah fikirkan tidak boleh!.

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah terhadap kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap kali peluang atau keadaan hadir di depan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologi, Abraham Maslow mengatakan; "memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya".

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di mana Eddy Murphy menjadi Professor Sherman yang amat gemuk) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".

Anda juga perlu menjadi seperti ini. Bukan menjadi amat gemuk! :). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!".

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak Boleh" Fikirkan tidak boleh ini berkaitan rapat dengan konsep kendiri kita. Konsep kendiri bermaksud bagaimana anda melihat diri anda sendiri.

Sekiranya anda melihat diri anda mempunyai keyakinan diri yang rendah, maka begitulah cara anda akan fikirkan tentang keseluruhan diri anda dan anda akan kaitkannya dengan apa sahaja anda lakukan.

Semoga bermanfaat.

Jadikan panduan dalam menjalankan perniagaan anda.

Salam kejayaan!


Wassalam.


Rakan usahawan anda,
M. Zaki

(keusahawanan internet)

Thursday, May 8, 2008

KEPENTINGAN KOMUNIKASI EFEKTIF

(keusahawanan internet)

Satu aspek penting dalam kejayaan perniagaan dan kerjaya adalah komunikasi.

Komunikasi adalah amat penting dalam perniagaan & kerjaya. Sama ada cara kita bercakap dengan boss kita, staff kita, pelanggan kita, teman sekerja dan lain-lain.

Anda perasan tak bahawa CEO company, selalunya adalah mereka yang hebat berkomunikasi? Mereka yang berpangkat tinggi dalam syarikat adalah mereka yang efektif dalam berkomunikasi? Dan nama-nama ikon perniagaan seperti Donald Trump, Bill Gates, Michael Dell, Anita Roddick (Bodyshop) kesemuanya amat bijak apabila memberi public speaking (komunikasi).

Sebenarnya, segalanya bermula dengan kebolehan berkomunikasi dengan efektif. Komunikasi efektif yang akan membawa seseorang itu menjadi CEO, komunikasi yang efektif yang akan membawa seseorang itu berpangkat tinggi, serta komunikasi yang efektif juga membawa nama
ikon perniagaan bersama perniagaan mereka kepada kejayaan (seperti yang terjadi kepada saya).

Di negara barat, amat jarang kita temui orang yang pemalu, atau segan dalam berkomunikasi. Ini adalah kerana, sejak sekolah lagi mereka dididik mengenai kominikasi berkesan. Di Malaysia pula, ramai yang pendiam, pemalu dan penyegan oleh kerana kebudayaan Malaysia.

Sekiranya kelemahan dalam komunikasi telah menghalang kejayaan anda, ianya amat penting memperbaiki kelemahan tersebut.

Untuk mengetahui bagaimana saya memperbaiki kelemahan komunikasi saya, dan bagaimana ianya juga dapat membantu anda, lawati http://www.nizaltalk.com

Pelajari bagaimana personaliti TV3 terkenal Nizal Mohammad telah membantu saya (dan ramai personaliti TV yang lain) dan boleh membantu anda juga!

Salam hormat,


Dr.Irfan Khairi
BA Hons, MBA, DBA

(keusahawanan internet)

KISAH KEGAGALAN

(keusahawanan internet)

Sering kali saya kongsikan mengenai kejayaan. Bulan ini, saya hendak ubah haluan sedikit- saya akan ceritakan kisah kegagalan!

Terdetik untuk kongsikan mengenai kegagalan selepas saya menemubual Guru Kegagalan, Mr Billi Lim di program bual bicara saya di Radio24 "Jutawan! Bersama Irfan Khairi".

Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya!

Namun begitu, tahukah anda, 98% daripada self-made millionaires hari ini pernah gagal? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan.

Pernah saya sebutkan bahawa, punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN.

Fahami betul-betul ayat saya di atas. "Takut kepada kegagalan" adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya "Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan"

Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri anda mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan "Takut kepada kegagalan" ketahui bahawa itu adalah benteng utama anda.

Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE, just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT!

Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antara kegemaran saya adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth.

Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home-run.

Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola!)- lebih daripada 1,300 kali!

Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya "Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan
saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!"

Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam mendapatkan home-run!

Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi, tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.

Fikirkan kisah-kisah ini pula:

- Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4
tahun!

- Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang "tiada harapan"!

- F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai "seorang yang tidak pandai menjual!". Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

- Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana "Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas"!

- Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

- Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan "Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja"!

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak
diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Salam hormat!

~Irfan Khairi

(keusahawanan internet)

Monday, May 5, 2008

Tip 7# 'K' Yang Hilang. Unsur Pelengkap Kepada 3K!

(keusahawanan internet)

Salam sejahtera, SmartZuL di sini.

Sebelum ini anda telah diceritakan mengenai seorang anak muda bersama 'teknik' 3K-nya. Namun, beliau kini mendedahkan satu lagi K yang rata-rata blogger tidak memilikinya! Katanya lagi, K ini langsung tidak diambil kira di dalam aktiviti 'blogging' atau membuat duit di internet itu sendiri. Apakah K itu? Pentingkah unsur K tersebut?

Sebelum kita menyambung cerita mengenai K yang hilang itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih jika anda membaca kesemua 7 siri newsletter mengenai blogging dan membuat duit di internet melalui blog. Siri tips ini tidak akan lengkap tanpa Pakej Kit Blogger bersamanya.

Baik, anak muda itu tadi menyatakan bahawa, jika sesiapa sahaja mempunyai satu unsur K ini dan ditambah lagi dengan K yang lain, mereka akan tidak ada masalah jika mereka menghadapi kegagalan di dalam mencuba dan tidak mudah putus asa jika mereka menghadapi masalah.

Katanya anak muda itu lagi, unsur K yang hilang itu adalah satu "bahan bakar" kepada unsur 3K sebelum ini. Dengan 1 K yang itu, maka sesiapa sahaja akan memiliki Kesabaran, Kesungguhan dan Konsisten. Baiklah, unsur K itu amat mahal untuk didedahkan di sini, namun anak muda itu tidak mahu melihat ramai yang terkungkur. K itu adalah:

KESEDARAN

Pasti anda (atau tidak) dan mungkin ramai yang menyatakan, "alah, kesedaran rupanya.. Macamlah aku tak tahu benda tu". Satu sahaja yang ingin saya soalkan kepada mereka yang berkata begitu, "jika anda tahu, adakah anda ada kesabaran, kesungguhan dan sifat konsisten di dalam melakukan sesuatu?". Jika ya, betullah anda sudah memiliki unsur kesedaran tersebut. Dan jika betul, maka insyaAllah anda akan memiliki satu blog yang berjaya.

Mengapa Kesedaran? Orang yang tahu atau sedar apa yang dia lakukan, tidak cepat putus asa, bersabar di dalam mendapatkan hasil, bersungguh di dalam usahanya sebab dia sedar apa yang dia lakukan perlukan kesungguhan. Di sedar dengan sebenar-benar sedar, jelas di hatinya.

Saya sengaja meletakkan unsur-unsur dalaman di dalam siri tip ini, kerana unsur sebegini amat jarang diketengahkan. Kebanyakan orang hanya menumpu pada teknik zahir sahaja, maka tidak pelik jika timbul tekanan pada diri sendiri kerana unsur zahir terlebih berbanding unsur dalaman. Sebab itulah tidak kekal lama di dalam usaha menjana pendapatan di internet akibat adanya ‘tekanan’ yang membuat diri bertambah keliru, hilang pertimbangan, cepat putus asa dan buntu.

Ketahuilah, anda akan mendapat kekuatan di dalam melakukan sesuatu termasuklah di dalam 'blogging' walaupun ia tampak mudah. Perkara kecil atau besar, ia mesti dilakukan dengan sebaik-baiknya kerana hasil yang dimahukan hasil yang baik bukan? Perkara kecil atau besar, anda mesti lakukan dengan sebaik-baiknya.

Maka, utamakan unsur dalaman beserta dengan unsur zahir (teknik promosi, pemasaran, hal teknikal) dan insyaAllah walau datang apa sahaja masalah, anda pasti menghadapinya dengan senyuman dan hati yang tenang. Kerana, anda sedar apa yang anda lakukan.

Kata akhir bagi tip ini adalah: "Orang yang sedar di dalam melakukan sesuatu adalah orang yang menggunakan fikirannya sebaik yang mungkin iaitu akal anugerah Ilahi. Dari kesedaran, wujud ciri kesabaran, kesungguhan dan konsisten dalam dirinya KERANA dia sedar apa yang dilakukan memerlukan kesungguhan, kesabaran dan usaha yang istiqamah (konsisten)".

Jumpa lagi di emel-emel yang akan datang.

Terima kasih.


Ikhlas,
Mohd Zulfadli ( SmartZuL)

(keusahawanan internet)

Tip 6# Teknik Ampuh Menarik Trafik Dengan Cepat

(keusahawanan internet)

Salam sejahtera.

"Saya sungguh tak percaya, blog dia begitu cepat mendapat trafik dan pengunjung yang kekal. Ramai pulak tu..".

Itulah kata-kata yang terdetik di hati saya apabila melihat satu hasil yang begitu cepat diterima oleh seorang usahawan internet yang berjaya. Tidak perlu saya sebutkan namanya di sini. Cukup saya menggelar dirinya sebagai Mr. A.

Mr. A sudah lama berkecimpung di dalam usaha membuat duit di internet dengan melakukan beberapa cara. Incomenya beribu-ribu sebulan, bukan RM tapi USD. Setelah lama 'bermain' di arena antarabangsa, maka beliau merasakan sudah tiba masanya untuk menabur ilmu dan bakti kepada anak bangsa.

Beliau memulakan langkah dengan mudah seperti mana yang saya nyatakan di dalam Pelan Tindakan Blog pada Pakej Kit Blogger. Dari situ beliau perkenalkan dirinya dan kemudian berkongsi cerita kejayaannya. Beliau mula membantu para newbie yang baru mula ingin berjinak-jinak untuk membuat duit di internet.

Langkah seterusnya, beliau membina blog dan hasilnya... Begitu ramai yang mengunjungi blognya setiap hari sehingga sekarang. Baik, apakah satu teknik ampuh itu?

Jayakan diri anda dahulu di dalam bidang pilihan dan kemudian baru membina blog untuk berkongsi kepakaran anda!

Ya, anda usaha dahulu di dalam sesuatu topik atau bidang sehingga berjaya, kemudian baru membina blog untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang 'dahagakan' jalan petunjuk kejayaan. Mungkin setahun? Dua tahun? Atau kurang dari itu untuk anda capai kejayaan terlebih dahulu? Namun percayalah, inilah teknik ampuh yang begitu efektif sekali untuk menarik trafik dengan cepat dan untuk menulis dengan penuh keyakinan sekali.

Anggaplah tempoh usaha untuk mencapai kejayaan di dalam bidang anda itu sebagai satu proses mengumpul ilmu dan pengalaman untuk digunakan pada blog anda kelak. Namun, jika anda adalah seorang yang telah berjaya atau pakar di dalam bidang tertentu, maka masa untuk memiliki blog sudah tiba!

Kejayaan? Jangan salah faham, kejayaan bukan hanya pada kewangan, tapi lebih daripada itu seperti kepakaran yang tinggi di dalam sesuatu perkara. Akhir kata, jika anda sudah berjaya, kejayaan inilah teknik yang begitu ampuh (berkesan) sekali untuk membina keyakinan orang dan seterusnya membina pengunjung setia ke blog anda.


Ikhlas,
Mohd Zulfadli ( SmartZuL).

(keusahawanan internet)
Related Posts with Thumbnails
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

visitor stats