Sunday, March 1, 2009

Mengubahkan Hobi Menjadi Perniagaan Internet

Oleh: Irfan Khairi

Keusahawanan Internet

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, ramai yang bertanya, bagaimana cara terbaik untuk menambahkan pendapatan secara sampingan?

Jawapannya adalah mengubah kan apa yang anda tahu, apa yang anda minat, atau apa sahaja hobi anda menjadi perniagaan Internet!

Setiap kali disebutkan itu, ramai yang akan berkerut dahi dan bertanya, "Boleh ke?"

Sudah tentu boleh! Sekiranya hobi anda adalah cross-stitch, mengapa tidak menjadikan ianya sebagai perniagaan di Internet? Sekiranya anda minat memancing, jadikan topik memancing sebagai perniagaan anda. Sekiranya anda minat bersukan badminton katakan, mengapa tidak menulis ebook berkaitan dengan badminton - pastinya ramai peminat badminton seluruh dunia mencari maklumat atau tips-tips bermain badminton di Internet!

Sememangnya terlalu banyak lagi hobi yang boleh diubah menjadikan idea perniagaan- anda berpengalaman dalam bidang seni memepertahankan diri, silat? Sudah tentu ramai peminat seni mempertahankan diri di seluruh dunia ingin mempelajari silat. Anda
suka memasak? Mengapa tidak jual resepi masakan Melayu kepada mereka di negara barat? Resepi masakan melayu sememangnya amat sukar untuk didapati di negara-negara luar, tetapi, Internet membolehkan ini dilakukan... hanya kepada mereka yang bijak dan cepat mengambil tindakan!

Berminat dalam bidang kewangan? Anda boleh menjual buku-buku kewangan sedia ada di Internet. hanya perlu hubungi penerbit, dan beli buku-buku tersebut pada harga diskaun untuk dijual semula. Amat passionate dengan topik keagamaan, anda juga boleh pergi ke pemborong, dan membeli ukiran-ukiran Al-Quran dan menjualnya semula di Internet ke pasaran global. Atau anda seorang agen jualan langsung yang mempunyai banyak stok dalam simpanan? Mengapa tidak menjualnya di Internet?

Tidak kira apa sahaja hobi, minat, pengalaman, pengetahuan, pekerjaan anda kini dan sebelum ini, ada caranya untuk anda ubahkannya menjadi perniagaan di Internet dan mendapat pendapatan sampingan untuk menampung waktu keadaan ekonomi yang meruncing.

Keusahawanan Internet
Related Posts with Thumbnails
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

visitor stats