Tuesday, November 4, 2008

Biar kecil asalkan berhasil

- Irfan Khairi

Keusahawanan Internet

Terlalu banyak perniagaan saya lihat "membesar" dengan cepat dan
kemudiannya, habis rebah... kalau tak rebah pun, "surviving".

Take note, saya gunakan perkataan "membesar" bukan maksudnya
"mengembang". Perniagaan yang mengembang is good. Perniagaan yang
membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau
belum ada banyak job, terus menyewa ofis besar... ofis mahal. Belum
jadi hebat, terus beli kereta besar. Belum banyak jobs, terus
dapatkan ramai pekerja... untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi :)

Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk
menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar-
pejabat, kereta, pekerja (ramai... bukan besar. kalau pekerja besar,
lain cerita :) ). Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim,
semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan
hebat.

Tidak semestinya!

Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta,
pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan
terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya jobs berbayar untuk
dilakukan.

Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead
perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan
atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang
besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran
"surviving". Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan.
Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.

Itu baru cost... nak bayar diri sendiri dan promosi perniagaan,
bagaimana pula?

Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap
dengan kitaran ini. Seperti saya, dan ramai lagi usahawan-usahawan
lain, start small. Kembang sedikit demi sedikit. Tak salahnya
bermula kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya
bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri
sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!

Bak kata mentor saya jutawan senyap, Chef Li: Biar kecil, asalkan
berhasil!

Keusahawanan Internet

Wednesday, September 24, 2008

5 Kunci Usahawan Berjaya

- Irfan Khairi

Keusahawanan Internet

MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL

Tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan
mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak
kira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akan
dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.

Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usawahan yang berjaya,
kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting.
Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yang
lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila
perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam
menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda.
Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukan
untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dan
tidak diambil oleh pesaing anda!

Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak
pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang
berjaya akan sering Tanya pada diri sendiri:

- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?
- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?
- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?
- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk
mengembankan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas
keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.

BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN

Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih
daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, "Go the extra
mile!". Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam
perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya
apabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan
pendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang
berjaya, menteliti sebagai "pekerja" tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk
memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat
peluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha
sekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebih
daripada apa yang disangkakan akan membuka pintu rezeki kepada
perniagaan anda.

MEMASAR DAN MENJUAL!

Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan
menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalam
tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkan
bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai
cirri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada
statistic ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi
kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:

- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehan merunding
- Kebolehan memujuk pembeli membeli
- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang
tinggi. Tanpa kebolehan "menjual", matlamat sesuatu perniagaan
tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting
dalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melalui
menjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari
kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan
juga seminar komunikasi.

Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan
sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual!
Ianya selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi,
saya mula dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembang
melalui pemasaran dan jualan yang meningkat. Dua tip dalam menjual:

1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah
suatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal,
ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali
melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.

2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun,
berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga
untuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada
mereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar,
memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak
dalam membantu menjayakan perniagaan anda.

FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang
telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat
oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka
perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan
perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan,
produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu
penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa
yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda.
Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka
yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda
perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya
wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan
keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Seperti yang dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan
gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya!
Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!

Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah anda
bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yang
boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?

Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji
lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi
dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan
dikira sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa
lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam
usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki
tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu
perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok
perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya
anda mendalami ilmunya.

Keusahawanan Internet

Thursday, September 18, 2008

Why I Love The Traffic Tips Report

The Traffic Tips Report is a great short report by Justin Michie that boasts 247 ways to drive traffic to your sites and blogs. (It’s available for free for a limited time from here.)

So is it really necessary to have 247 different ways to generate traffic? I’d say yes.

Like a lot of online business owners, I have websites in all different types of niches. Therefore the more options I have for traffic generation, the better. Some methods may not fit for one niche, but it may be just the thing to flood another niche site with traffic.

I have read through the Traffic Tips Report several times and it seems each time I read it, I discover something I missed before. Some of these traffic generation methods are so simple, but so overlooked, it’s insane.

A very important part of this report is about where you promote your websites. A lot of times website owners will concentrate on promoting their site just on the web. I know I have been guilty of having tunnel vision when it comes to this. The report is helpful in that it goes beyond this thinking and lists quite a few ways to promote your site offline. This can give you a major advantage because your competition is probably not thinking about these kinds of traffic generation strategies.

I know that a lot of times I get into a rut and try to same old traffic generation methods day in and day out. And I realize these methods may not be the best way to get traffic to my site. But when I try to think up new ways to generate traffic, I usually come up with nothing. That is why this report comes in so handy. I save myself a ton of time by just going down the list of traffic generation methods. I choose the one I want to try and give it a go. If it doesn’t work for my niche I can make a note about it and try the next one. I now have a valuable resource at my disposal that I can refer to any time I need more traffic.

This report is very easy to read and understand. It doesn’t hold your hand, but it does contain links to the sites that you can visit to increase your exposure. After using these links, I have noticed a significant increase in traffic to my sites.

Justin Michie has put together an extremely useful resource here – putting years of research into a single report. If you are dedicated to your online business and are serious about generating more traffic, you need the Traffic Tips Report. My only regret when it comes to this report is that I wish I would have gotten it sooner. If you haven’t gotten it yet, you can pick up a copy from: http://www.lemonadehere.com/cmd.php?Clk=2587227




Saturday, August 30, 2008

FXOpen - Online Trading Services (FOREX)

# Registration For FXOpen

FXOpen is a financial services company specialized in providing traders with high quality online trading services. FXOpen provide opportunity for individuals and private companies to trade on financial markets under equal conditions like traders operating in traditionally closed financial centers and institutions. FXOpen.com - Offers you FXOpen currency trading service that includes professional services in free streaming forex, forex broker, online forex trading, forex exchange, mini forex, mini forex trading platform. You can trust us for services in micro forex, micro forex trading platform, affiliate system, bonus system and in places like the United States, Egypt, Malaysia, Indonesia, Russia, China, France...

Our mission — high quality of services, trust of our clients and reliability of our work. Most important of all — a winning attitude that always puts YOU first!

Opening an account is fast and ready to activate within 5 minutes from any place of the world. Open a FOREX account with us today to enjoy the benefits so many have already experienced. As FXOpen customer, you can select from a full menu of professional services that have been specifically designed to meet your trading needs, including:

* Spread from 2 pips
* Credit leverage from 1:1 to 1:500
* Micro accounts from 1$
* Standard accounts from 25$
* A wide range of financial tools
* Trading terminal MetaTrader 4
* Islamic accounts
* Instant Execution — Quotation system
* 100$ bonus for standard accounts
* Online support 24/5
* Account opening within 5 minutes from any part of the world!

FXOpen.com - We offer you services in forex and mini trade. We have also on offer forex and belajar trade services.

# Registration For FXOpen


FXOpen adalah satu syarikat perkhidmatan kewangan khusus dalam menyediakan peniaga-peniaga dengan dagangan perkhidmatan dalam talian yang berkualiti tinggi. FXOpen menyediakan untuk individu peluang dan syarikat-syarikat swasta untuk berdagang di pasaran-pasaran kewangan di bawah syarat-syarat seimbang peniaga-peniaga yang sukakan operasi secara tradisional dipusat-pusat kewangan dan institusi-institusi secara.

Misi kami — Perkhidmatan berkualiti tinggi, kepercayaan pelanggan dan kebolehpercayaan kerja kami. Dan yang paling utama — Sikap menginginkan kejayaan yang meletakkan ANDA sebagai nombor satu.

Membuka akaun hanya memerlukan dalam jangkamasa 5 minit dimana jua anda berada. Bukalah satu FOREX akaun dengan kami hari ini untuk menikmati faedah-faedah yang kami sediakan. Sebagai pelanggan FXOpen, anda boleh memilih dari menu yang penuh perkhidmatan profesional yang telah dikhususkan untuk memenuhi keperluan-keperluan dagangan anda, termasuk:

* Spread dari 2 pips
* Leverage dari 1:1 hingga 1:500
* Akaun Mikro serendah 1usd
* Akaun Standard serendah 25usd
* Pengurusan kewangan yang meluas
* Terminal Perdagangan MetaTrader 4
* Akaun Islamik
* Pelaksanaan Segera - Sistem sebut harga
* Bonus 100usd untuk Akaun Standard
* Sokongan dalam talian 24/5
* Membuka akaun hanya memerlukan dalam jangkamasa 5 minit dimana jua anda berada!

# Daftar FXOpen

Thursday, May 29, 2008

Perniagaan Internet (Keusahawanan Internet)

Keusahawanan Internet

Baiklah, di sini saya ingin kongsikan berita tentang industri perniagaan internet di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 14,904,000 pengguna internet. Sumber ini diperolehi daripada laman web statistik populasi dan pengguna
internet iaitu menerusi link :

http://www.internetworldstats.com/stats3.htm#asia


Sudah pasti ini merupakan satu khabar gembira buat kita kerana dengan jumlah pengguna internet yang tinggi di Malaysia, kita boleh "mengambil kesempatan" ini untuk berniaga menerusi internet.

Cuba anda bayangkan jika anda menjual produk yang berharga RM10 dan hanya 10% sahaja daripada pengguna internet malaysia yang membuat pembelian, maka keuntungan yang bakal anda perolehi adalah sebanyak 1,352,820 !!!

Itu baru sahaja 1 Produk... Bagaimana pula jika anda mempunyai 2 atau 3 atau 4 atau lebih produk untuk dijual di dalam market Malaysia??

Ya!, anda pasti boleh hidup senang hanya menjalankan perniagaan dari rumah sahaja secara ONLINE!

Tetapi sebelum itu, anda kena faham asas - asas perniagaan internet. Suka saya terangkan di sini, di internet banyak terdapat unsur-unsur positif dan juga unsur-unsur negatif.

Positifnya internet adalah :
Boleh menjana wang dengan "PERNIAGAAN" yang wujudnya akad jual beli (pembeli dan penjual)... Boleh membina hubungan @ network rakan niaga.

Negatifnya internet adalah :
Banyak yang ingin kaya cepat membuat "PROGRAM @ PELABURAN @ SKIM" yang menjanjikan pulangan keuntungan yang tidak munasabah. Pengguna yang "kurang pengetahuan" akan mudah tertipu dengan janji janji yang ditawarkan. Kerana itulah kecohnya kes pelaburan internet tempoh hari.

Ramai yang menyalahgunakan ayat berikut dimana "9/10 Sumber Rezeki adalah dengan menjalankan perniagaan". Mereka yang tidak bertanggungjawab ini menggunakan ayat ini untuk menarik orang ramai menyertai program atau skim cepat kaya yang mereka jalankan. Pengguna yang kurang faham akan tertipu dan tertindas.

Perniagaan yang dijalankan haruslah wujud persetujuan di antara penjual dan pembeli dimana terdapat produk yang dijual serta memberi manfaat di antara kedua-dua belah pihak. Janganlah terpedaya dengan janji - janji menjadi "JUTAWAN" sekiranya mereka
menawarkan konsep "DUDUK DIAM - DIAM DAPAT DUIT"...

Saya tidak percaya akan konsep itu...Saya pada mula - mula dahulu, pernah terlibat dengan skim sedemikian... Banyak juga wang yang ter"LEBUR". :D Tapi tak ada apa - apa pulangan.... :-(

Akhirnya saya sedar dan faham untuk mendapat wang yang sebenar dari internet adalah dengan mengusahakan perniagaan sendiri.

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah yang boleh dilaksanakan di internet?.. berikut saya berikan point-point penting apa yang boleh dijalankan di internet.

1. Menjual Produk (Fizikal / Digital... Contoh : contact lens, ebook...)
2. Menyediakan perkhidmatan (Contohnya : membuat laman web)
3. Menyediakan informasi (Contohnya : Maklumat tentang tempat percutian)
4. Membuat pengiklanan (Contoh : Google Adsense)
5. Affiliate Marketing (Menjadi agen jualan)
6. Penulis bebas (menyediakan artikel)

dan lain-lain...

Perkara-perkara di atas ini hanyalah secara kasar sahaja bidang yang boleh anda ceburi untuk menjana pendapatan di internet.

Sekian dahulu buat kali ini.. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke bahagian ini. Ini menandakan anda berminat untuk mengetahui perkara yang berkaitan dengan perniagaan internet.

Tahniah!

Ikhlas,
Amirol Zolkifli


Keusahawanan Internet

Friday, May 23, 2008

Teknik Mudah Tarik Trafik Ke Blog

Keusahawanan Internet

*Artikel ini saya ada juga masukkan di forum Wangcyber.com.

Bagi anda seorang usahawan internet, blog adalah salah satu nadi promosi dan pemasaran perniagaan anda.

Begitu juga dengan saya yang mana saya telah mula berblog secara serius sejak tahun 2005 lagi.

Bagi sesiapa yang tiada blog, mungkin anda perlu berfikir sekali lagi akan keperluannya. Namun jika ia

tidak sesuai untuk anda, maka jangan lakukannya. Ini adalah pesan pakar blog. If you can’t, don’t do it.

Sebab once anda berblog, anda perlu berblog untuk jangka masa yg panjang at least setahun dua.

Ok, itu hanya mukadimah.

Di sini, saya hanya ingin kongsikan satu tip sahaja mengenai cara mendapatkan trafik dengan cara yang mudah ke blog anda.

Caranya ialah dengan menggunakan email marketing. Selain menggunakan RSS, SEO dan sebagainya, email marketing adalah salah satu teknik yang berguna juga. Logiknya mudah iaitu:

“Tak semua pembaca blog akan selalu ke blog anda. Jadi, anda perlu remind mereka dengan contact melalui emel”.

Ada pembaca tetap walaupun mereka selalu ke blog anda, namun kadang-kadang disebabkan sibuk, mereka tidak sempat masuk ke blog anda tersebut. Jadi, jika ada sesuatu yang menarik di blog anda, hubungi mereka melalui emel.

Cara untuk hubungi mereka melalui emel ada dua cara:

1. Terangkan secara ringkas mengenai artikel yang menarik itu di dalam emel anda.

2. Senaraikan artikel-artikel yang menarik di blog itu ke dalam emel anda. Contohnya, “3 artikel menarik di blog SmartUsaha.com” atau, “[[firstname]], 4 Artikel Berguna Untuk Perniagaan Anda!”.

Ingat kembali logik yang saya nyatakan di atas, tak semua pembaca blog kita akan selalu ke blog kita.

Jadi kemungkinan (bahkan pasti) mereka tidak sempat membaca artikel yang lepas tersebut. Jadi dengan compile beberapa artikel dan senaraikan di emel, mereka boleh membaca artikel tersebut satu-persatu.

Tak Ada List..

Jika tak ada mailing list, maka binalah. Sekarang ni, jangan tunggu untuk menggunakan servis berbayar seperti Aweber dan Getresponse jika memang anda tak mampu. Gunalah skrip free yang begitu banyak di Internet. Saya dulu pun mula-mula guna yang free juga. Jadi tak ada alasan di sini untuk mengaplikasikan teknik email marketing ini.

Saya rasa, itu sahaja tip yang sempat saya kongsikan pada kali ini.

Semoga bermanfaat.



Keusahawanan Internet

Tuesday, May 20, 2008

TIP PILIHAN: Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila

Lama juga saya tidak masukkan tip Kewangan saya daripada segmen TV
saya, WW di Astro Awani "Wanita & Wang". Jadi, ini tip saya dari
segmen saya pagi tadi... bukan untuk Wanita sahaja... Lelaki pun!

Pastinya anda tertarik bukan? Kerja sekali, tetapi pendapatan
sampai bila-bila. bagaimana hendak lakukan? Jawapannya adalah:
Residual income atau passive income- antara senjata untuk menjadi
jutawan!

Berikut adalah beberapa contoh residual income atau pendapatan yang
berulang...

Sekiranya anda hebat menyanyi, anda boleh buat album lagu.
Penyanyi-penyanyi kita mendapat residual income. Walaupun album
sudah keluar 10 tahun lalu, sampai kini masih menerima royalti dari
jualan setiap album. Pernah terfikir tak mengapa penyanyi-penyanyi
barat walaupun satu sahaja lagu sedap, tapi boleh jadi
multimillionaire? cara yang sama- menerima royalti, tetapi royalti
dari jualan album ke seluruh dunia!

"Tapi IK, saya tak pandai menyanyi!"

Kalau tak pandai menyanyi, atau menari macam saya ni (sapa tengok
Jangan Tidur Lagi, TV3 tau lah!), kita boleh menulis buku. Penulis
buku juga menerima royalti atas jualan setiap buku. Mungkin ia
mengambil masa 2-3 bulan untuk siapkan satu buku, tetapi pendapatan
dari royalti belian setiap buku akan diterima oleh penulis! Buku
pertama saya RJJIT ditulis pada tahun 2005. Sehingga kini saya mendapat
pendapatan darinya. Buku terbaru Nota Jutawan: Nota motivasi juga
saya mendapat pendapatan setiap bulan...

"Tapi IK, saya tak pandai menulis... camne?"

Paling ramai jutawan tercipta di dunia daripada jutawan hartanah.
Real estate. Dalam kata lain, beli rumah, dan dapatkan penyewa pada
bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan kepada bank. Menyewa kan
rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya kerja sekali, tetapi
pendapatan akan masuk sampai bila-bila selagi ada penyewa!

"IK, hartanah ni kita perlu modal besar... saya takde modal camne?"

Idea juga boleh menjadi residual income. Tak perlu modal.

Pernah anda lihat "battery indicator" pada battery Duracell? pernah
anda menggunakan "Post-it"? Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse
atau Hello Kitty? Bagi pemain guitar electric, anda perasan tak
bahagian besi pemegang tali tu adalah sesuatu ciptaan unik? Ini
semua antara idea yang telah menjadi "patent". Setiap kali idea
tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!

"IK, saya ni tak pandai nak cipta benda-benda baru..."

Kalau begitu, sesetengah perniagaan juga memberi "residual income".
Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila. Sebagai contoh, bina satu
perniagaan kecil yang memerlukan minima masa anda. Pendapatan residual
akan terus datang kepada anda. Perniagaan Internet adalah satu pilihan.

"IK... kalau saya tak pandai berniaga?"

Haa... di sini lah saya nak quote kembali pesanan Dato Dr Fadzilah
Kamsah:

"Orang lain buat duit, kita buat alasan!"

Banyak cara untuk menjana pendapatan... banyak cara untuk menjana
pendapatan secara residual. Tetapi, kalu banyak alasan, jangankan
residual income. Income yang kerja sekali, pendapatan sekali pun,
kita takkan dapat Kalau semua tak boleh, jawapannya dalam
Al-Quran: banyak-banyak membaca... cari ilmu. Bila ada ilmu, yang tak
boleh, kita bolehkan juga. Insya-Allah.

-IK
Irfan Khairi

Sunday, May 18, 2008

Pesanan peribadi Irfan Khairi…

Salam sejahtera,

Semenjak tahun 1998 sehingga kini, saya masih lagi tertarik dengan kehebatan peluang perniagaan Internet yang boleh mencapai pelanggan ke seluruh dunia! Setiap kali saya terfikir jumlah pengguna Internet sedunia, semakin teruja saya untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang ada.

Namun, juga tidak dilupakan, peluang perniagaan Internet di Malaysia! Di Malaysia sahaja terdapat lebih 10 juta pengguna Internet. Sudah tentu, jumlah ini amatlah besar.

Kos menjalankan perniagaan Internet juga adalalah amat rendah. Sebagai contoh, kos menjalankan laman web yang anda sedang layari ini, RahsiaInternet.com hanya berharga RM30 sebulan, namun menerima beribu-ribu pengunjug sehari! Boleh kah sebuah kedai mungkin dengan sewa bulanan RM1,000 menerima beribu-ribu pengunjung sehari?

Itu lah salah satu kebaikan perniagaan di Internet- kos rendah, liputan yang luas!

Semoga statistik pengguna Internet yang dikumpulkan ini dapat membuka mata anda kepada peluang perniagaan di Internet- walaupun dari rumah!

Jumlah Pengguna Internet Dunia


BenuaJumlah Pengguna Internet
Asia364,270,713
Afrika22,737,500
Eropah290,121,957
Timur Tengah 18,203,500
Amerika Utara 225,801,428
America Selatan / Caribbean79,033,597
Oceania / Australia17,690,762
JUMLAH1,018,057,389


Jumlah Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran


Negara
Jumlah Pengguna Internet
Malaysia10,040,000
Singapura2,135,000
Brunei35,000
Indonesia15,300,000


Ringkasan Statistik

Statistik tahun 2005 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:

* Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 adalah 1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats.

* Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

* Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

* Internet World Stats mencatatkan terdapat 364.3 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (290.12 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (225.8 juta pengguna) pada Disember 2005.


Laporan penggunaan bahasa di Internet

Bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC: 2004). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15 juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU: 2003), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta pengguna Internet!

Bahasa Inggeris: Terdapat 226 juta pengguna Internet di Amerika, di mana di jangkakan 8.4 pengguna tidak tahu membaca dalam bahasa Inggeris (menurut Ethnologue). Kanada, United Kingdom dan Australia, menyumbangkan lebih dari 70 juta penggunaan bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.

Bahasa Cina: Terdapat lebih dari 87 juta pengguna Internet di Cina (menurut CCNIC: 2004). Hongkong menyumbangkan 5 juta, Taiwan menyumbangkan 2.14 juta, juga Singapura menyumbankan lebih dari 2 juta pengguna Internet berbahasa Cina. ITU menganggarkan 1/3 pengguna Internet Malaysia menggunakan Mandarin. Tambahan, lebih 2 juta pengguna Internet di Amerika menggunakan bahasa Cina. Pengguna Internet menggunakan bahasa cina adalah melebihi 100 juta pengguna.


Saya harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!

Bagaimana pula dengan jumlah penggunaan Internet sedunia iaitu melebihi 1 billion? Sekiranya anda memiliki buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, anda akan mendapati Statistik jumlah pengguna Internet tahun 2004 adalah 900 juta pengguna- kenaikan 100 juta pengguna dalam masa 1 tahun!

Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi. Sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan pasaran di Internet!

Sekiranya anda belum lagi mempunyai perniagaan di Internet, peluang perniagaan di Internet masih luas terbuka untuk penduduk Malaysia. Jangan berlengah oleh kerana pesaing anda PASTI tidak akan berlengah lagi!

Berbagai-bagai peluang perniagaan terdapat di Internet. Sebagai permulaan, kami telah mengumpul 55 Idea perniagaan di Internet.

Untuk mengikuti laporan 55 Idea Perniagaan Menjual Produk dan Perkhidmatan di Internet, sila klik di sini.

Semoga laporan yang diberikan dapat membuka fikiran anda kepada peluang perniagaan di Internet.

Salam hormat,

Irfan Khairi
Ahad, 19hb Februari 2006
11:50am

Friday, May 16, 2008

Kisah Orang Frust Menonggeng.. sekadar iktibar..

Assalamualaikum dan salam ceria !

Apa khabar ? Ingat saya lagi tak ?

Oklah, minggu lepas saya ada bagi tips
mengenai bersikap positif sebagai elemen
kejayaan dalam kehidupan.

Kali ni saya nak cerita sedikit mengenai
rakan saya ni yang mempunyai personal
problem. Tapi sebagai renungan bersamalah,
ia sekadar menjadi pengajaran dan iktibar juga.

Rakan saya ni dinamakan A, seorang goverment
servant, orang gomen lah katakan.. Agak stable dr segi kewangan
dan ada kereta/umah sendiri serta sudah pun mengedarkan
kad jemputan kahwinnya minggu ini.

Saya ingat si A happy la sebab nak kahwin,
but last2 minute cancel sebab keluarga
belah perempuannya ada excuse. Dalam masa
itu juga mereka putus tunang sedangkan hari
akad beberapa hari lagi.... Saya pun
taknaklah ambil tahu sangat tapi yang si A
agak frust menonggeng jugalah..

Saya slow talk dengan dia pagi dalam kol 9am
kat salah sebuah restoran yang biasa dia lepak. Tgk
A menung sorang² pagi tadi.. So saya
ambil ruang ini untuk membantunya
supaya tidak terlalu depression.

Dengan slumber saya sapa dan duduk untuk
breakfast, bincang hal-hal ringan dan kendian
mendoakan masa depan dia yang lebih cerah.

Apabila dia mula rileks dan sedia untuk
menyatakan sesuatu yang lebih berat.
Saya cuma mendengar dan memahaminya
apa yang merungsingkan benar pemikirannya
itu agar release sebentar supaya tidak
terlalu menyimpan...

Saya simpati apa yang berlaku namun
sebagai kawan yang baik ia hanya menjadi
pendengar yang baik dan memberi nasihat.

Saya cerita pasal nasib kengkawan yang lain
lebih teruk daripada si A.. iyelah saya ni jenis
kaunselor juga, dan sentiasa prihatin
mendengar apa-apa masalah orang dan
mengurusnya dengan professional.

Lebih kurang dalam 20 minit sembang,
saya berjaya membuat dia tersenyum
nasihat saya hanya supaya dia mengerti
hikmah semua ini. Ada banyak Allah beri ujian
untuk hambaNya supaya mereka berfikir
kembali tentang kehidupan..

Nasihat yang baik adalah datangnya dari
hati yang ikhlas.. saya cuma mahu dia
release, supaya tidak terlalu stress..

Cerita si A, dia mmg terbuka dan beri masa
untuk dia 'pulih'.. saya suruh dia bercuti
ke mana-mana pulau percutian.. jadikan masa
untuk menenangkan fikiran..

Then bila tiba masa untuk beredar dari situ saya nak
belanja dia makan breakfast tadi sebaliknya dia
terlalu baikhati sangat membayar semuanya.

Em.. mcm pelik pula saya dibuatnya..
So bila kita ada kawan yang sebegini,
better anda positifkan diri
untuk mempositifkan orang lain..

Aura positif ini akan menyebar seluruh alam.
itulah konsep Law of Attraction. Kita
mampu mempengaruhi orang lain dengan
gaya tersendiri...

Then rakan yang baik itu akan menolong bila
dalam kesusahan.. Memahami mereka dari dalam
dan bukannya kerana kepentingan lain.

Saya ucapkan selamat maju jaya untuk A,
moga selepas cuti nanti dia akan kembali
pulih dan jadi lebih Hebat lagi !

Sharing is caring...

Code7 aka Fahmy
RahsiaEbiz.Com : Portal Bisnes Online Anda
EbookJutawan.Com : Rahsia InfoProduk Paling Menguntungkan di Internet

Saturday, May 10, 2008

Apakah 2 Faktor Utama Kegagalan?

(keusahawanan internet)

Ada dua faktor penting yang sering membuat kita tidak dapat mengorakkan langkah pertama ke arah kejayaan dan kewangan.

Dua faktor tersebut adalah faktor utama kegagalan:

1: Zon Selesa
***************
Faktor pertama yang menyebabkan kita gagal mengambil langkah pertama ke arah kejayaan adalah kerana Zon Selesa kita.

Semua orang mempunyai zon selesa. Iaitu keadaan di mana anda rasa selesa dan tidak mahu berubah.

Boleh dikatakan keadaan anda sekarang ini... sedang membaca email ini. Terasa selesa di depan komputer. Nak berubah dari keadaan zon selesa anda kini terasa berat... oleh kerana anda selesa dengan keadaan semasa ini.

Hidup kita juga terdapat zon selesa. Iaitu kehidupan anda kini- anda terasa selesa dengan keadaan hidup anda. Walaupun faktor ini dinamakan "zon selesa", walaupun keadaan yang tidak selesa (kekurangan), masih juga menjadi "zon selesa" bagi anda.

Faktor Zon Selesa mengatakan, ia adalah amat sukar untuk seseorang itu keluar dari zon selesanya. Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Tabiat akan membuatkan kita terperangkap di zon selesa.

Setiap kali peluang tiba untuk kita keluar dari zon selesa, tabiat akan menarikkan kita balik ke zon selesa. Setiap kali kita ingin keluar dari keadaan semasa, tabiat akan menarikkan kita kepada keadaan kita kini. Itulah akibat tabiat.

Berita buruknya ialah amat sukar untuk keluar dari Zon Selesa kita.

Berita baiknya pula, sekiranya anda berjaya keluar dari Zon Selesa anda dan berfungsi pada keadaan yang baru (diluar zon selesa) buat satu jangka masa yang tertentu, Zon selesa anda juga akan turut berubah kepada keadaan yang baru. Tabiat anda akan berpegang pada zon selesa baru.

Sebagai contoh, sekiranya anda sering bekerja 4 jam sehari tanpa henti, ini adalah zon selesa anda. Apabila anda ingin bekerja lebih dari 5 jam sehari, anda terasa tabiat tidak membenarkan anda melakukannya oleh kerana ianya di luar zon selesa anda (malas lah tu :-)).

Sekiranya anda berjaya memaksa diri anda keluar dari zon selesa tersebut dan memaksa diri anda bekerja 5 jam sehari untuk satu jangka masa tertentu sehingga ianya menjadi tabiat, zon selesa kerja anda akan berubah kepada 5 jam bekerja!

Dan pada ketika itu, sekiranya anda ingin bekerja 4 jam sehari, anda akan rasa tidak selesa kerana ia di luar zon selesa anda.

Faktor ini boleh diaplikasikan kepada bermacam-macam keadaan. Pendapatan anda kini RM2,000? Mungkin itu adalah zon selesa anda dan berusaha untuk mendapatkan RM3,000 sebulan adalah di luar zon selesa anda. Anda ingin memulakan perniagaan tetapi asyik
menundakan perancangan anda?

Mungkin itu adalah zon selesa anda.

Memulakan perniagaan adalah di luar zon selesa anda. Anda ingin menulis buku tetapi, tidak mempunyai masa untuk menulis? Mungkin itu adalah zon selesa anda- menulis buku adalah di luar zon selesa anda.

Namun sekiranya anda berusaha mendapatkan pendapatan RM3,000 sebulan, memaksakan diri anda memulakan perniagaan serta menyiapkan buku yang anda tulis, zon selesa anda akan berubah ke zon selesa baru.

Keadaan anda pun telah upgrade ke keadaan zon selesa yang baru!


2: Fikirkan tidak boleh!
**************************
Faktor kedua adalah fikirkan tidak boleh!.

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah terhadap kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap kali peluang atau keadaan hadir di depan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologi, Abraham Maslow mengatakan; "memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya".

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di mana Eddy Murphy menjadi Professor Sherman yang amat gemuk) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".

Anda juga perlu menjadi seperti ini. Bukan menjadi amat gemuk! :). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!".

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak Boleh" Fikirkan tidak boleh ini berkaitan rapat dengan konsep kendiri kita. Konsep kendiri bermaksud bagaimana anda melihat diri anda sendiri.

Sekiranya anda melihat diri anda mempunyai keyakinan diri yang rendah, maka begitulah cara anda akan fikirkan tentang keseluruhan diri anda dan anda akan kaitkannya dengan apa sahaja anda lakukan.

Semoga bermanfaat.

Jadikan panduan dalam menjalankan perniagaan anda.

Salam kejayaan!


Wassalam.


Rakan usahawan anda,
M. Zaki

(keusahawanan internet)

Thursday, May 8, 2008

KEPENTINGAN KOMUNIKASI EFEKTIF

(keusahawanan internet)

Satu aspek penting dalam kejayaan perniagaan dan kerjaya adalah komunikasi.

Komunikasi adalah amat penting dalam perniagaan & kerjaya. Sama ada cara kita bercakap dengan boss kita, staff kita, pelanggan kita, teman sekerja dan lain-lain.

Anda perasan tak bahawa CEO company, selalunya adalah mereka yang hebat berkomunikasi? Mereka yang berpangkat tinggi dalam syarikat adalah mereka yang efektif dalam berkomunikasi? Dan nama-nama ikon perniagaan seperti Donald Trump, Bill Gates, Michael Dell, Anita Roddick (Bodyshop) kesemuanya amat bijak apabila memberi public speaking (komunikasi).

Sebenarnya, segalanya bermula dengan kebolehan berkomunikasi dengan efektif. Komunikasi efektif yang akan membawa seseorang itu menjadi CEO, komunikasi yang efektif yang akan membawa seseorang itu berpangkat tinggi, serta komunikasi yang efektif juga membawa nama
ikon perniagaan bersama perniagaan mereka kepada kejayaan (seperti yang terjadi kepada saya).

Di negara barat, amat jarang kita temui orang yang pemalu, atau segan dalam berkomunikasi. Ini adalah kerana, sejak sekolah lagi mereka dididik mengenai kominikasi berkesan. Di Malaysia pula, ramai yang pendiam, pemalu dan penyegan oleh kerana kebudayaan Malaysia.

Sekiranya kelemahan dalam komunikasi telah menghalang kejayaan anda, ianya amat penting memperbaiki kelemahan tersebut.

Untuk mengetahui bagaimana saya memperbaiki kelemahan komunikasi saya, dan bagaimana ianya juga dapat membantu anda, lawati http://www.nizaltalk.com

Pelajari bagaimana personaliti TV3 terkenal Nizal Mohammad telah membantu saya (dan ramai personaliti TV yang lain) dan boleh membantu anda juga!

Salam hormat,


Dr.Irfan Khairi
BA Hons, MBA, DBA

(keusahawanan internet)

KISAH KEGAGALAN

(keusahawanan internet)

Sering kali saya kongsikan mengenai kejayaan. Bulan ini, saya hendak ubah haluan sedikit- saya akan ceritakan kisah kegagalan!

Terdetik untuk kongsikan mengenai kegagalan selepas saya menemubual Guru Kegagalan, Mr Billi Lim di program bual bicara saya di Radio24 "Jutawan! Bersama Irfan Khairi".

Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya!

Namun begitu, tahukah anda, 98% daripada self-made millionaires hari ini pernah gagal? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan.

Pernah saya sebutkan bahawa, punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN.

Fahami betul-betul ayat saya di atas. "Takut kepada kegagalan" adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya "Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan"

Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri anda mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan "Takut kepada kegagalan" ketahui bahawa itu adalah benteng utama anda.

Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE, just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT!

Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antara kegemaran saya adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth.

Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home-run.

Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola!)- lebih daripada 1,300 kali!

Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya "Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan
saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!"

Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam mendapatkan home-run!

Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi, tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.

Fikirkan kisah-kisah ini pula:

- Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4
tahun!

- Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang "tiada harapan"!

- F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai "seorang yang tidak pandai menjual!". Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

- Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana "Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas"!

- Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

- Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan "Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja"!

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak
diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Salam hormat!

~Irfan Khairi

(keusahawanan internet)

Monday, May 5, 2008

Tip 7# 'K' Yang Hilang. Unsur Pelengkap Kepada 3K!

(keusahawanan internet)

Salam sejahtera, SmartZuL di sini.

Sebelum ini anda telah diceritakan mengenai seorang anak muda bersama 'teknik' 3K-nya. Namun, beliau kini mendedahkan satu lagi K yang rata-rata blogger tidak memilikinya! Katanya lagi, K ini langsung tidak diambil kira di dalam aktiviti 'blogging' atau membuat duit di internet itu sendiri. Apakah K itu? Pentingkah unsur K tersebut?

Sebelum kita menyambung cerita mengenai K yang hilang itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih jika anda membaca kesemua 7 siri newsletter mengenai blogging dan membuat duit di internet melalui blog. Siri tips ini tidak akan lengkap tanpa Pakej Kit Blogger bersamanya.

Baik, anak muda itu tadi menyatakan bahawa, jika sesiapa sahaja mempunyai satu unsur K ini dan ditambah lagi dengan K yang lain, mereka akan tidak ada masalah jika mereka menghadapi kegagalan di dalam mencuba dan tidak mudah putus asa jika mereka menghadapi masalah.

Katanya anak muda itu lagi, unsur K yang hilang itu adalah satu "bahan bakar" kepada unsur 3K sebelum ini. Dengan 1 K yang itu, maka sesiapa sahaja akan memiliki Kesabaran, Kesungguhan dan Konsisten. Baiklah, unsur K itu amat mahal untuk didedahkan di sini, namun anak muda itu tidak mahu melihat ramai yang terkungkur. K itu adalah:

KESEDARAN

Pasti anda (atau tidak) dan mungkin ramai yang menyatakan, "alah, kesedaran rupanya.. Macamlah aku tak tahu benda tu". Satu sahaja yang ingin saya soalkan kepada mereka yang berkata begitu, "jika anda tahu, adakah anda ada kesabaran, kesungguhan dan sifat konsisten di dalam melakukan sesuatu?". Jika ya, betullah anda sudah memiliki unsur kesedaran tersebut. Dan jika betul, maka insyaAllah anda akan memiliki satu blog yang berjaya.

Mengapa Kesedaran? Orang yang tahu atau sedar apa yang dia lakukan, tidak cepat putus asa, bersabar di dalam mendapatkan hasil, bersungguh di dalam usahanya sebab dia sedar apa yang dia lakukan perlukan kesungguhan. Di sedar dengan sebenar-benar sedar, jelas di hatinya.

Saya sengaja meletakkan unsur-unsur dalaman di dalam siri tip ini, kerana unsur sebegini amat jarang diketengahkan. Kebanyakan orang hanya menumpu pada teknik zahir sahaja, maka tidak pelik jika timbul tekanan pada diri sendiri kerana unsur zahir terlebih berbanding unsur dalaman. Sebab itulah tidak kekal lama di dalam usaha menjana pendapatan di internet akibat adanya ‘tekanan’ yang membuat diri bertambah keliru, hilang pertimbangan, cepat putus asa dan buntu.

Ketahuilah, anda akan mendapat kekuatan di dalam melakukan sesuatu termasuklah di dalam 'blogging' walaupun ia tampak mudah. Perkara kecil atau besar, ia mesti dilakukan dengan sebaik-baiknya kerana hasil yang dimahukan hasil yang baik bukan? Perkara kecil atau besar, anda mesti lakukan dengan sebaik-baiknya.

Maka, utamakan unsur dalaman beserta dengan unsur zahir (teknik promosi, pemasaran, hal teknikal) dan insyaAllah walau datang apa sahaja masalah, anda pasti menghadapinya dengan senyuman dan hati yang tenang. Kerana, anda sedar apa yang anda lakukan.

Kata akhir bagi tip ini adalah: "Orang yang sedar di dalam melakukan sesuatu adalah orang yang menggunakan fikirannya sebaik yang mungkin iaitu akal anugerah Ilahi. Dari kesedaran, wujud ciri kesabaran, kesungguhan dan konsisten dalam dirinya KERANA dia sedar apa yang dilakukan memerlukan kesungguhan, kesabaran dan usaha yang istiqamah (konsisten)".

Jumpa lagi di emel-emel yang akan datang.

Terima kasih.


Ikhlas,
Mohd Zulfadli ( SmartZuL)

(keusahawanan internet)

Tip 6# Teknik Ampuh Menarik Trafik Dengan Cepat

(keusahawanan internet)

Salam sejahtera.

"Saya sungguh tak percaya, blog dia begitu cepat mendapat trafik dan pengunjung yang kekal. Ramai pulak tu..".

Itulah kata-kata yang terdetik di hati saya apabila melihat satu hasil yang begitu cepat diterima oleh seorang usahawan internet yang berjaya. Tidak perlu saya sebutkan namanya di sini. Cukup saya menggelar dirinya sebagai Mr. A.

Mr. A sudah lama berkecimpung di dalam usaha membuat duit di internet dengan melakukan beberapa cara. Incomenya beribu-ribu sebulan, bukan RM tapi USD. Setelah lama 'bermain' di arena antarabangsa, maka beliau merasakan sudah tiba masanya untuk menabur ilmu dan bakti kepada anak bangsa.

Beliau memulakan langkah dengan mudah seperti mana yang saya nyatakan di dalam Pelan Tindakan Blog pada Pakej Kit Blogger. Dari situ beliau perkenalkan dirinya dan kemudian berkongsi cerita kejayaannya. Beliau mula membantu para newbie yang baru mula ingin berjinak-jinak untuk membuat duit di internet.

Langkah seterusnya, beliau membina blog dan hasilnya... Begitu ramai yang mengunjungi blognya setiap hari sehingga sekarang. Baik, apakah satu teknik ampuh itu?

Jayakan diri anda dahulu di dalam bidang pilihan dan kemudian baru membina blog untuk berkongsi kepakaran anda!

Ya, anda usaha dahulu di dalam sesuatu topik atau bidang sehingga berjaya, kemudian baru membina blog untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang 'dahagakan' jalan petunjuk kejayaan. Mungkin setahun? Dua tahun? Atau kurang dari itu untuk anda capai kejayaan terlebih dahulu? Namun percayalah, inilah teknik ampuh yang begitu efektif sekali untuk menarik trafik dengan cepat dan untuk menulis dengan penuh keyakinan sekali.

Anggaplah tempoh usaha untuk mencapai kejayaan di dalam bidang anda itu sebagai satu proses mengumpul ilmu dan pengalaman untuk digunakan pada blog anda kelak. Namun, jika anda adalah seorang yang telah berjaya atau pakar di dalam bidang tertentu, maka masa untuk memiliki blog sudah tiba!

Kejayaan? Jangan salah faham, kejayaan bukan hanya pada kewangan, tapi lebih daripada itu seperti kepakaran yang tinggi di dalam sesuatu perkara. Akhir kata, jika anda sudah berjaya, kejayaan inilah teknik yang begitu ampuh (berkesan) sekali untuk membina keyakinan orang dan seterusnya membina pengunjung setia ke blog anda.


Ikhlas,
Mohd Zulfadli ( SmartZuL).

(keusahawanan internet)

Wednesday, April 30, 2008

Tip 5# Unsur 3K memberikan kejayaan yang membanggakan kepada seorang anak muda!

(keusahawanan internet)

Salam sejahtera.

3K adalah: Kesabaran, Kesungguhan, Konsisten

Tanpa melakukan 3K ini, mungkin seorang anak mudah ini tidak akan dikenali, tidak akan berjaya di dalam impian dan kehendaknya.

Anak muda ini mula menulis blog pada Julai 2005 dan memilih topik perniagaan internet dan juga mengenai keusahawanan. Beliau terus menulis secara konsisten dan begitu bersungguh-sungguh sekali sehingga menghasilkan beberapa post yang ditulis berdasarkan pemikirannya dan juga pembacaan yang dilakukan. Beliau tetap fokus pada topik pilihannya.

Awal september 2005, beliau membeli satu domain name dan kini nama domain itu telah mula dikenali oleh rakyat Malaysia. Daripada blog free, kemudian beliau telah mempunyai blog rasmi dengan nama domain dot com sendiri. Terus dan terus menulis. Terus melakukan beberapa teknik (ada diajar di dalam Pakej Kit Blogger) secara konsisten dan sabar. Kini, sudah lebih setahun beliau masih kekal pada penulisan blognya. Sudah ramai yang mengenalinya.

Siapakah beliau? Anda cuba teka. Itu tidak penting, tetapi pengajaran di sini adalah:

Kesabaran
Penulis blog tersebut begitu bersabar di dalam mengekalkan blognya walaupun apa sahaja badai yang melanda. Blognya sudah berkali-kali dipecah-masuk (hack), namun beliau tetap sabar. Tak cukup kawan, lawan juga ada, namun beliau tetap sabar.

Berkat sifat sabar, hari berganti hari, kita bilangan tulisan beliau di blognya mencecah ratusan artikel! Antara top ten di enjin carian bagi keyword tertentu dan dikenali oleh penggiat bidang yang sama. Sehari selembar benang, akhirnya menjadi kain.

Kesungguhan
Topik yang dipilih untuk blog beliau adalah minatnya dan cita-citanya. Maka untuk mengekalkan blognya, perlunya kesungguhan di dalam menguruskan blog tersebut. Beliau begitu bersungguh-sungguh di dalam mendapatkan ilmu mengenai blogging samada teknik ataupun teknikalnya. Terus menerus belajar dan mencari dengan kesungguhan yang tinggi.

Konsisten
Beliau minat apa yang beliau lakukan. Sebab itu blognya tetap wujud dan dikemaskini secara konsisten. Blognya dibina bukan semata-mata suka-suka atau sekadar cuba-cuba atau trial and error. Beliau akan terus konsisten mengekalkan blognya agar terus berkembang dan berjaya memberikan hasil yang setimpal atas usahanya!

Tip 5 kali ini amat panjang. Jika anda hayati "cerita" di atas, seorang anak muda dengan 3K-nya, maka anda akan faham bahawa, untuk mengekalkan atau mendapatkan blog yang berjaya bukanlah senang atau kadang-kadang tidaklah sesusah mana jika... Jika ada kesungguhan, kesabaran dan konsisten.

Saya tinggalkan anda untuk memikirkan apakah "pengajaran" di sebalik cerita di dalam tip ke-5 ini.

Ikhlas,
Mohd Zulfadli.

(keusahawanan internet)

Tip 4# 3 Cara Mudah Mendapatkan Idea Menulis Blog

(keusahawanan internet)

Tip ke-3 pada dua hari yang lepas adalah tergantung sebenarnya (tidak lengkap) dan saya sengaja melakukan sebegitu. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana untuk mendapatkan idea menulis? Ya, itulah yang kurangnya pada tip ke-3.

Pada tip siri ke-4 ini, saya akan memberikan 3 cara efektif dan mudah untuk mendapatkan idea menulis yang berkaitan dengan topik blog anda. Tiga cara tersebut adalah:

1. Melawat laman web yang berkaitan dengan topik blog

2. Melawat blog yang sama bidang dengan anda

3. Forum yang berkaitan dengan topik blog

Melawat laman web yang berkaitan dengan topik blog
Untuk cara ini, saya memberikan salah satu cara saya (psst, rahsia ni). Lawati laman web direktori artikel seperti http://ezinearticles.com. Di sana terdapat begitu banyak artikel-artikel yang berlainan kategori, maka pilihlah artikel yang berkaitan dengan blog anda.

Baca beberapa artikel dan daripada pembacaan itu pilih salah satu tajuk artikel yang paling menarik minat anda dan tulis kembali mengikut cara dan gaya anda di blog. Ingat, jangan tiru bulat-bulat artikel tersebut, sebaliknya anda menulis daripada kefahaman selepas anda membaca artikel di laman web itu tadi.

Melawat blog yang sama bidang dengan anda
Anda lakukan lawatan ke beberapa blog lain untuk membaca apa yang ditulis mereka. Dari pembacaan itu, biasanya akan timbul dua perkara di fikiran anda:

1. Mengulas perkara yang lebih kurang sama dengan apa yang ditulis di blog tersebut

2. Mendapat idea atau sesuatu tajuk yang tertentu sebaik sahaja membaca tulisan-tulisan mereka. Perkara kedua ini secara biasanya akan berlaku.

Forum yang berkaitan dengan topik blog
Inilah salah satu cara saya juga. Teknik yang selalu saya guna pakai. Caranya sungguh mudah iaitu anda masuk ke forum yang berkaitan dengan topik blog anda. Selidik dan perhatikan apakah topik panas yang sedang dibincangkan, atau apakah masalah yang sering dipersoalkan oleh ahli forum. Atau sekurangnya, apa sahaja topik dan masalah di forum tersebut. Pilih satu topik dan masalah dan tulis satu artikel di blog anda.

Akhir kata bagi tip 4 ini, pastikan blog anda hidup!

Ikhlas,
Mohd Zulfadli.

(keusahawanan internet)

Thursday, April 24, 2008

Tip 3# Tip Mudah Kekalkan Pelawat Setia Blog Anda

(keusahawanan internet)

Ramai yang kekeringan idea di saat perlunya blog 'di-isi' dengan sesuatu tulisan. Pelawat pula asyik tertanya mengapa blog anda tidak dikemaskini. Topik pula semakin lari dan meleret-leret dan jauh dari topik sebenar.

Kini, mereka telah 'pergi' jauh dari blog yang mereka selalu kunjungi dan mungkin akan terus tidak lagi mengunjungi blog anda. Enjin carian pula semakin 'menjatuhkan' kedudukan anda di senarai enjin carian. Mahukah begitu terjadi kepada anda?

Ketahuilah, tujuan pertama dan terakhir pelawat ke blog anda adalah untuk mendapatkan informasi terkini mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan topik blog anda. Mereka mahukan tulisan demi tulisan dari anda. Inilah hakikatnya (pengalaman
saya).

Maka pastikan anda sentiasa menghasilkan tulisan walaupun seringkas mana pun. Ia amat bermakna kepada pelawat blog anda terutama pelawat tetap.

Maka, tip ketiga kali ini amat mudah dan ringkas.

Sentiasa kemaskini blog anda terutama menghasilkan tulisan yang 'fresh' secara konsisten. Itu sahaja untuk tip ketiga ini.


Ikhlas,
Mohd Zulfadli.

(keusahawanan internet)

Wednesday, April 23, 2008

Tip 2# Langkah Pertama Yang Membawa Kejayaan Blog

(keusahawanan internet)

Salam sejahtera, Mohd Zulfadli di sini.

Tip ke-2 kali ini lebih hebat berbanding tip yang pertama kerana tanpa melakukan tip ini, yang pertama tak akan tercapai. Hebat sangatkah tip kedua ini? Teruskan membaca.

Kebanyakan orang begitu gopoh di dalam melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang diingini. Bila apa yang dilakukan tidak berjaya, maka mulalah menyalah orang lain atau terus berputus-asa. Di manakah silapnya? Silapnya adalah di langkah pertama!

Kesilapan di langkah pertama:

1. Tidak tahu asas-asas blog

2. Tidak menentukan topik blog yang 'menguntungkan'

3. Tiada pelan tindakan yang tersusun

Tidak tahu asas-asas blog
Pelik tapi benar. Ramai yang tahu membina blog, namun tidak tahu apa itu blog dan perkara-perkara asas berkaitan blog. Umpama memakan sesuatu tetapi tidak tahu apa yang dimakan tersebut. Sudah tentu ia bahaya bukan? Begitu juga blog, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan memiliki blog yang menguntungkan, anda perlu tahu asas-asas blog yang penting.

Melalui Pakej Kit Blogger, anda akan mendapat satu ebook asas mengenai blog dan pelbagai tips yang efektif dan praktikal di dalamnya, sebagai panduan asas kepada anda sebelum menghasilkan blog sendiri.

Tidak menentukan topik blog yang 'menguntungkan'
Di dalam Pakej Kit Blogger, pembaca (pembeli) akan ditunjukkan bagaimanakah cara mencari topik yang niche atau menentukan hidup atau mati blog mereka. Panduan lengkap bergambar dan langkah demi langkah yang jelas akan memberikan kefahaman mendalam kepada mereka mengenai cara mencari topik yang sesuai.

Pendek kata, antara sebab utama mengapa blog mati di pertengahan jalan adalah kerana salah menentukan topik yang kurang mendapat sambutan atau kurang permintaan.

Tiada pelan tindakan yang tersusun
Bahasa mudahnya adalah, tidak ada perancangan yang teratur, tersusun dan profesional. Pengalaman saya dan apa yang saya perhatikan, salah satu sebab 'gagalnya' kebanyakan blogger baru adalah kerana membina blog tanpa dimulai dengan perancangan yang baik. Pendek kata tiada Pelan Tindakan yang bersistematik.

Untuk itu, dalam Pakej Kit Blogger saya sertakan bersama Pelan Tindakan Blog yang menggariskan langkah demi langkah yang tersusun agar blog yang dihasilkan benar-benar terhasil daripada perancangan yang rapi, dan memberikan keputusan yang membanggakan.

Ikhlas,
Mohd Zulfadli (SmartZuL).

(keusahawanan internet)

Tip 1# Menjana Lebih Wang Melalui Blog

(keusahawanan internet)

Salam sejahtera, Mohd Zulfadli di sini.

Tahniah kerana anda melanggan "7 siri tips menjana pendapatan dengan blog". Ini bermaksud anda melakukan satu langkah yang bijak di dalam menambah ilmu dan juga ingin mencapai impian anda di dalam menjana pendapatan di internet.

Baiklah, emel siri pertama ini akan memberikan satu tip yang tidak ramai tahu atau tidak serius melakukannya walaupun ia senang. Tip tersebut adalah:

Mempelbagaikan sumber pendapatan melalui blog. Jangan hanya berharap dan tumpu pada yang satu. Namun lakukan secara fokus dan konsisten.

Ya, mudah. Tetapi hakikatnya ramai yang tidak melakukannya dengan serius atau dengan betul. Bagaimana?

1. Sertai beberapa program affiliate yang terbaik samada dari segi produk dan komisen yang dibayar serta reputasi pihak penganjur program tersebut. Komisen bagi produk affiliate untuk produk digital biasanya 40-50% daripada harga produk. Maka utamakan komisen sebegitu jika anda inginkan hasil yang memuaskan dan setimpal daripada usaha anda.

Produk affiliate mestilah ada permintaan (dikehendaki ramai) dan masih relevan dengan keadaan semasa. Kebanyakan penganjur program affiliate hanya ingin 'mempergunakan' anda untuk memperbanyakkan jualan mereka tetapi memberikan anda komisen yang 'sedikit' dan tidak setimpal dengan usaha kuat anda.

2. Sertai program PPC seperti Google Adsense atau lain-lain. Untuk program jenis ini, pilih hanya satu sahaja kerana biasanya menjadi syarat program tidak boleh mencampurkan dengan mana-mana program PPC yang lain.

Konsep asas untuk mendapatkan bayaran yang memuaskan melalui program google adsense adalah kandungan (artikel) yang fresh dan ori, keyword bernilai tinggi, pemilihan ads yang berkesan dan sudah tentunya blog anda memiliki pengunjung yang ramai.

Untuk mengetahui teknik-teknik adsense secara praktikal, dapatkan ebook panduan di dalam bahasa melayu dengan klik pada link berikut:

http://smartusaha.com/adsense.html

3. Menjual ruang iklan samada secara menggunakan pihak tengah atau melakukannya sendiri. Untuk menggunakan pihak tengah, anda boleh mencuba di http://text-link-ads.com atau di http://adbrite.com. Namun, mereka mengenakan syarat-syarat tertentu yang biasanya jika blog anda masih lagi baru, kebiasaannya amat sukar untuk mendapat kelulusan mereka.

Jika permohonan anda tidak lulus, maka jalan kedua adalah menjual ruang iklan sama ada banner atau link di blog anda kepada sesiapa yang berminat. Saya telah melakukan kedua-dua cara dan hasil yang saya dapati amat memuaskan. Namun, sebelum anda menjual ruang iklan, utamakan teknik-teknik yang dinyatakan di dalam ebook Kit Blogger.

4. Menjual produk sendiri. Ini sudah semestinya anda lakukan, jika boleh. Gunakan sebaik mungkin blog anda untuk 'mempromosikan' produk anda sendiri.

Itulah 4 cara buat duit melalui blog dan jika anda menggabungkan kesemua cara tersebut dan melakukan secara fokus dan serius, anda dapat melipat-gandakan pendapatan anda di internet.

Sekali lagi dinyatakan, segala tips yang anda dapat secara bersiri ini tidak akan lengkap jika anda tidak memiliki Siri Kit Blogger yang boleh didapatkan di http:///bloggingsteps.com/kit.

Nantikan tip ke-2 di inbox emel anda!

Ikhlas,
Mohd Zulfadli aka SmartZuL.

(keusahawanan internet)

Wednesday, April 16, 2008

TABUNG PROGRAM KEUSAHAWANAN PPKN

>> DOWNLOAD BORANG <<

Program ini diperkenalkan oleh PPKN bagi mengumpul sumbangan untuk tabung keusahawanan PPKN. Ianya juga bertujuan untuk menjanakan pendapatan kepada ahli-ahli dan penyumbang-penyumbang tabung ini. Apa yang anda perlu tahu, program yang dilaksanakan ini bukanlah skim cepat kaya, multi level, surat berantai, pelaburan, jualan langsung atau sebagainya, jadi anda TIDAK PERLU RISAU atau GUSAR kerana program yang dijalankan ini tidak melanggar undang-undang kerajaan Malaysia dan terbuka kepada semua rakyat di Malaysia ini.

Apa yang pentingnya, tidak akan berlaku sebarang penipuan kepada anda yang menyumbang kerana HANYA NAMA dan NO. KAD PENGENALAN YANG TERTERA PADA WANG POS sahaja yang layak menunaikannya dan bukanlah orang lain.

MENGAPA PERLU IKUTI PROGRAM INI ???????

Dengan wujudnya program sumbangan ikhlas ini, penyumbang-penyumbang akan menikmati pendapatan yang berterusan di samping membuat kebajikan kepada ahli-ahli dan orang ramai tanpa rasa tertekan. Kita selalu dihimpit oleh masalah kewangan seperti modal untuk berniaga, hutang kad kredit, hutang rumah, masalah disenarai hitam oleh institusi kewangan, muflis dan sebagainya. Jadi bila program ini diwujudkan maka dapatlah masalah-masalah seperti tadi dapat diselesaikan.

BAGAIMANA KITA MENGEMBANGKAN SUMBANGAN KITA MENJADI PENDAPATAN ?

PERHATIAN!!! Sekiranya anda berminat untuk mengembangkan sumbangan anda menjadi pendapatan yang berlipat ganda anda mestilah memahami dan mempraktikkan apa yang tertera di bawah ini.

Terdapat 7 nama penyumbang yang sah di dalam setiap risalah yang diedarkan sama ada melalui pos atau orang perseorangan di mana setiap penyumbang dilengkapi dengan NO. ID Penyumbang yang diiktiraf oleh pihak PPKN.

Setelah anda menyertai program ini melalui sumbangan yang diberikan, satu risalah asal mengenai program ini akan diberikan kepada anda di mana risalah itu menyatakan kedudukan permulaan nama anda di NO. 7 beserta NO. ID untuk rujukan.

Sekiranya anda berminat untuk mengembangkan sumbangan anda menjadi pendapatan berterusan, apa yang perlu dilakukan adalah anda dikehendaki memperkenalkan program ini kepada sesiapa jua yang berminat dengan kadar minima 8 orang penyumbang baru untuk mendapatkan sumbangan modal balik sahaja. (lagi ramai penyumbang lagi besar pendapatan yang diterima).

Setiap penyumbang di bawah tajaan anda yang menyertai program ini akan menjadikan nama anda dan nama penyumbang-penyumbang lain yang di atas akan berganjak naik ke satu kedudukan mengikut jumlah penyertaaan. Contohnya, apabila ada penyumbang baru menyertai program ini nama anda dikedudukan NO.7 akan berganjak ke NO.6 kerana penyumbang baru akan berada dikedudukan NO.7 iaitu permulaan manakala penyumbang di kedudukan NO.6 dahulunya akan berganjak ke NO.5 dan begitulah seterusnya anjakan yang akan berlaku sehinggalah nama anda berada di kedudukan NO.1 dan seterusnya terkeluar dari senarai penyumbang ini. Setiap penyumbang melakukan kaedah dan proses yang sama seperti anda.

>> DOWNLOAD BORANG <<

CONTOH PENGEMBANGAN SUMBANGAN ANDA

TAHAP SUMBANGAN | JUMLAH PENYUMBANG | JUMLAH SUMBANG
TAHAP 1 x RM5 - 8 ORANG - RM 40.00
TAHAP 2 x RM5 - 8 x 8 - RM 320.00
TAHAP 3 x RM5 - 8 x 8 x 8 - RM 2,560.00
TAHAP 4 x RM5 - 8 x 8 x 8 x 8 - RM 20,480.00
TAHAP 5 x RM5 - 8 x 8 x 8 x 8 x 8 - RM 163,840.00
TAHAP 6 x RM5 - 8 x 8 x 8 x 8 x 8 x 8 - RM 1,310,720.00
TAHAP 7 x RM5 - 8 x 8 x 8 x 8 x 8 x 8 x 8 - RM 10,485,760.00

* Menyumbang sambil menjana pendapatan di samping mendapat pahala untuk bekalan.

>> DOWNLOAD BORANG <<

Untuk penghantaran dan pertanyaan:
PERSATUAN PERANTIS KEUSAHAWANAN NASIONAL NEGERI PULAU PINANG (1695-06-PPG)
NO. 18-B JALAN PERDA BARAT, BANDAR PERDA, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
TEL: +604-5389117
FAKS: +604-5399117


Related Posts with Thumbnails
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

visitor stats