Sunday, May 18, 2008

Pesanan peribadi Irfan Khairi…

Salam sejahtera,

Semenjak tahun 1998 sehingga kini, saya masih lagi tertarik dengan kehebatan peluang perniagaan Internet yang boleh mencapai pelanggan ke seluruh dunia! Setiap kali saya terfikir jumlah pengguna Internet sedunia, semakin teruja saya untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang ada.

Namun, juga tidak dilupakan, peluang perniagaan Internet di Malaysia! Di Malaysia sahaja terdapat lebih 10 juta pengguna Internet. Sudah tentu, jumlah ini amatlah besar.

Kos menjalankan perniagaan Internet juga adalalah amat rendah. Sebagai contoh, kos menjalankan laman web yang anda sedang layari ini, RahsiaInternet.com hanya berharga RM30 sebulan, namun menerima beribu-ribu pengunjug sehari! Boleh kah sebuah kedai mungkin dengan sewa bulanan RM1,000 menerima beribu-ribu pengunjung sehari?

Itu lah salah satu kebaikan perniagaan di Internet- kos rendah, liputan yang luas!

Semoga statistik pengguna Internet yang dikumpulkan ini dapat membuka mata anda kepada peluang perniagaan di Internet- walaupun dari rumah!

Jumlah Pengguna Internet Dunia


BenuaJumlah Pengguna Internet
Asia364,270,713
Afrika22,737,500
Eropah290,121,957
Timur Tengah 18,203,500
Amerika Utara 225,801,428
America Selatan / Caribbean79,033,597
Oceania / Australia17,690,762
JUMLAH1,018,057,389


Jumlah Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran


Negara
Jumlah Pengguna Internet
Malaysia10,040,000
Singapura2,135,000
Brunei35,000
Indonesia15,300,000


Ringkasan Statistik

Statistik tahun 2005 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:

* Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 adalah 1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats.

* Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

* Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

* Internet World Stats mencatatkan terdapat 364.3 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (290.12 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (225.8 juta pengguna) pada Disember 2005.


Laporan penggunaan bahasa di Internet

Bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC: 2004). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15 juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU: 2003), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta pengguna Internet!

Bahasa Inggeris: Terdapat 226 juta pengguna Internet di Amerika, di mana di jangkakan 8.4 pengguna tidak tahu membaca dalam bahasa Inggeris (menurut Ethnologue). Kanada, United Kingdom dan Australia, menyumbangkan lebih dari 70 juta penggunaan bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.

Bahasa Cina: Terdapat lebih dari 87 juta pengguna Internet di Cina (menurut CCNIC: 2004). Hongkong menyumbangkan 5 juta, Taiwan menyumbangkan 2.14 juta, juga Singapura menyumbankan lebih dari 2 juta pengguna Internet berbahasa Cina. ITU menganggarkan 1/3 pengguna Internet Malaysia menggunakan Mandarin. Tambahan, lebih 2 juta pengguna Internet di Amerika menggunakan bahasa Cina. Pengguna Internet menggunakan bahasa cina adalah melebihi 100 juta pengguna.


Saya harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!

Bagaimana pula dengan jumlah penggunaan Internet sedunia iaitu melebihi 1 billion? Sekiranya anda memiliki buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, anda akan mendapati Statistik jumlah pengguna Internet tahun 2004 adalah 900 juta pengguna- kenaikan 100 juta pengguna dalam masa 1 tahun!

Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi. Sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan pasaran di Internet!

Sekiranya anda belum lagi mempunyai perniagaan di Internet, peluang perniagaan di Internet masih luas terbuka untuk penduduk Malaysia. Jangan berlengah oleh kerana pesaing anda PASTI tidak akan berlengah lagi!

Berbagai-bagai peluang perniagaan terdapat di Internet. Sebagai permulaan, kami telah mengumpul 55 Idea perniagaan di Internet.

Untuk mengikuti laporan 55 Idea Perniagaan Menjual Produk dan Perkhidmatan di Internet, sila klik di sini.

Semoga laporan yang diberikan dapat membuka fikiran anda kepada peluang perniagaan di Internet.

Salam hormat,

Irfan Khairi
Ahad, 19hb Februari 2006
11:50am

No comments:

Related Posts with Thumbnails
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

visitor stats