Sunday, October 30, 2011

5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda

Keusahawanan Internet

Oleh: Irfan Khairi

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!

1: Tawani melalui kualiti yang tinggi

Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.

2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik

Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran "fast-food" mendapat permintaan yang tinggi!

3: Tawani melalui harga yang lebih rendah

Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.

4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan

Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!

Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.

Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.

5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran

Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.

Sebagai contoh, Maggie merupakan ketua pasaran mee segera oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran
tersebut. Sehingga kini, jenama Maggie mendahului jualan segala mee segera.

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.

Strategi yang sukar, tetapi dengan impelemntasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar. Perkara ini juga boleh diaplikasikan untuk perniagaan Internet.

Keusahawanan Internet

Saturday, October 8, 2011

Jutawan Ghairah! (Passionate Millionaire)

Keusahawanan Internet

Oleh: Irfan Khairi

Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat. Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapa kita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukan karier yang kita amat-amat sangat minat?

Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendak lakukan sesuatu yang kita tidak minat?

Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaan yang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut.

Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpa seseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinya usahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahan dalam perniagaan masing masing.

Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kaya di dunia pernah berkata bahawa: "Kalau saya tidak mendapat walaupun satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komuputer!". Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang mencipta perisian komputer.

Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, Michael Dell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernah menceritakan bahawa "Ketika saya di sekolah menengah, saya membina komputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputer adalah minat saya!". Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan dan minat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaire seperti Bill Gates.

Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnya mempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejak kecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagai banggunan mewah serata dunia dalam portfolionya!

Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan universiti untuk memulakan kerier dalam bidang yang mereka minat. Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minat sebagai kerier pilihan.

Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi terpaksa. Apa pula nasihat saya?

Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan "Jangan memilih kerja", nasihat saya pastinya berbunyi "Pilih kerja dengan tepat!" lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.

Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan "dipaksa" melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan terperangkap dalam keadaan tersebut untuk tahun-tahun yang akan datang.

Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masa untuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat. Sekiranya terperangkap dalam kerier yang kita tidak minat, bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang. Mungkin 3 tahun, mungkin 5 tahun... atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam keadaan itu, akan terasa pula perasaan "rugi" kalau berhenti dan melakukan sesuatu yang lain.

Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukan sesuatu yang kita tidak minat!

Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu, sama ada kerier bekerja makan kagi, atau karier sebagai usahawan menjadi keghairahan kita?

Berikut adalah checklist untuk anda:

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu!

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa seronok dan gembira melakukannya!

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akan merasa bosan melakukannya!

* Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita, kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahan menjawab soalan-soalan yang ditanya!

* Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minat dan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannya bermati-matian!

Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yang panjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek. Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti "Mengapa anda memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?", jawapan yang diberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapa ghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.

Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yang kita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang mereka tidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan. Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewangan berjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.

Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadi usahawan yang ghairah. Jadilah jutawan ghairah!

Keusahawanan Internet

Tuesday, March 1, 2011

RAHSIA SI KAYA - ALIRAN PENDAPATAN BERGANDA

Keusahawanan Internet

Oleh: Irfan Khairi

Apakah sebenarnya rahsia si kaya? Apakah persamaan yang terdapat pada mereka yang kaya raya? Apakah strategi mereka dalam menambahkan pendapatan mereka?

Jawapannya adalah ALIRAN PENDAPATAN BERGANDA atau bak kata mat salleh, "Multiple Streams of Income".

Aliran pendapatan berganda bermaksud untuk tidak bergantung kepada hanya satu punca pendapatan sahaja. Sekiranya anda mempunyai satu punca pendapatan sahaja, apakah akan terjadi sekiranya punca pendapatan tersebut terhenti?

Sebagai contoh, sekiranya anda sedang bekerja dengan satu syarikat, dan oleh kerana sebab yang tidak dapat dielakkan (seperti krisis ekonomi kini), syarikat tersebut terpaksa memberhentikan anda. Apakah akan terjadi dengan aliran pendapatan anda?

Sudah tentunya akan turut terhenti. Bayangkan sekiranya ini terjadi kepada anda. Sekiranya anda bekerja makan gaji, atau menjalankan satu jenis perniagaan, apa akan terjadi sekiranya pendapatan anda daripada satu punca tersebut terhenti? Berapa bulan anda dapat menampung kos kehidupan anda dengan simpanan yang sedia ada?

Bagi ramai antara kita, sekiranya kita lihat sinario ini, jawapannya amat mengejutkan. Mungkin wang simpanan yang kita ada hanya dapat menampung kurang dari tiga bulan kos kehidupan kita.

"Aliran pendapatan berganda adalah apabila anda mempunyai pelbagai punca pendapatan."

Bayangkan sebuah singki yang mempunyai satu pili. Sekiranya anda membuka pili tersebut pada arus yang deras, oleh kerana lubang aliran keluar di dasar singki tersebut, air akan tetap keluar dan tidak dapat memenuhi singki itu.

Tetapi, bayangkan anda mempunyai singki yang mempunyai 4 pili. Sekiranya keempat-empat pili tersebut dibuka dengan deras, walaupun terdapat lubang aliran keluar di singki itu, tidak lama nanti, seluruh singki itu masih akan dipenuhui air sehingga melimpah-limpah.

Bayangkan setiap pili tersebut adalah punca pendapatan anda. Air yang mengalir adalah wang dan lubang di dasar singki itu adalah perbelanjaan anda.

Bagaimanakah caranya untuk menambahkan wang anda? Adakah dengan hanya bergantung kepada satu pili sahaja? Ataupun menggunakan 4 pili supaya mendapat pendapatan yang berlimpah-limpah?

Aliran pendapatan yang berganda diamalkan oleh ramai golongan yang kaya. Mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan. Bagi usahawan yang berjaya, mereka bukan sahaja bergantung kepada satu perniagaan sahaja, malah, mereka memulakan beberapa jenis perniagaan untuk menghasilkan untung yang berganda.

Sebagai tambahan, untung dari perniagaan pula dilaburkan untuk mendapat pulangan pelaburan. Ini menambahkan lagi aliran pendapatan.

Apabila melabur pula, bukan sahaja melabur pada satu akaun pelaburan, tetapi, melaburkan pula pada beberapa akaun pelaburan untuk memastikan untung atau rugi disebarkan. Aliran pendapatan juga turut berganda dengan pelbagai akaun pelaburan yang dimulakan.

Ramai juga yang memiliki perniagaan, dan melaburkan keuntungan mereka juga turut membeli hartanah dan menyewakan hartanah tersebut untuk memperolehi lebih keuntungan. Bukan lagi rahsia bahawa industri hartanah telah melahirkan paling ramai jutawan sejak dahulu kala lagi sehingga kini.


Hartanah juga, boleh menjadi punca pendapatan berganda apabila melabur kepada beberapa hartanah dan bukan hanya pada satu sahaja!

Pepatah mat salleh berbunyi "Don't put all eggs in one basket". Jangan letakkan kesemua telur dalam bakul yang sama. Oleh kerana, sekiranya bakul yang dikandung terjatuh, kesemua telur akan pecah. Mengandung satu bakul sahaja adalah umpama bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja.

Dengan mempunyai punca pendapatan berganda, kita akan dapat memperolehi aliran pendapatan yang berganda. Sekiranya si kaya mempunyai 5 punca pendapatan, dimana setiap daripadanya dapat memperolehi RM3,000 setiap bulan. Jumlah pendapatan kesemuanya akan menjadi RM15,000. Sekiranya mempunyai 10 punca pendapatan, maka, pendapatan bulanan si kaya menjadi RM30,000.

Fikirkan bagaimana anda boleh gandakan pendapatan anda ketika ini. Fikir bagaimana anda boleh membuka lebih banyak pili pendapatan untuk menghasilkan aliran pendapatan yang lebih deras seperti si kaya!

Keusahawanan Internet

Sunday, February 20, 2011

Dapatkan Pelanggan Tanpa Had Untuk Perkhidmatan Anda

Keusahawanan Internet

Oleh: Irfan Khairi

Networking Like a Pro: Turning Contacts into ConnectionsTahun ini ketika ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, jualan langsung, jualan langsung online, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi down.

Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah "If you are not networking, you are not working!"

Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk "mencintai" network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.

Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:

Perlu berlimu

Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.

Perlu menambahkan jaringan

Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.

Perlu punyai perasaan tolong menolong

Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!

So, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu:
Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!

Keusahawanan Internet
Related Posts with Thumbnails
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

visitor stats