Thursday, April 24, 2008

Tip 3# Tip Mudah Kekalkan Pelawat Setia Blog Anda

(keusahawanan internet)

Ramai yang kekeringan idea di saat perlunya blog 'di-isi' dengan sesuatu tulisan. Pelawat pula asyik tertanya mengapa blog anda tidak dikemaskini. Topik pula semakin lari dan meleret-leret dan jauh dari topik sebenar.

Kini, mereka telah 'pergi' jauh dari blog yang mereka selalu kunjungi dan mungkin akan terus tidak lagi mengunjungi blog anda. Enjin carian pula semakin 'menjatuhkan' kedudukan anda di senarai enjin carian. Mahukah begitu terjadi kepada anda?

Ketahuilah, tujuan pertama dan terakhir pelawat ke blog anda adalah untuk mendapatkan informasi terkini mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan topik blog anda. Mereka mahukan tulisan demi tulisan dari anda. Inilah hakikatnya (pengalaman
saya).

Maka pastikan anda sentiasa menghasilkan tulisan walaupun seringkas mana pun. Ia amat bermakna kepada pelawat blog anda terutama pelawat tetap.

Maka, tip ketiga kali ini amat mudah dan ringkas.

Sentiasa kemaskini blog anda terutama menghasilkan tulisan yang 'fresh' secara konsisten. Itu sahaja untuk tip ketiga ini.


Ikhlas,
Mohd Zulfadli.

(keusahawanan internet)

Wednesday, April 23, 2008

Tip 2# Langkah Pertama Yang Membawa Kejayaan Blog

(keusahawanan internet)

Salam sejahtera, Mohd Zulfadli di sini.

Tip ke-2 kali ini lebih hebat berbanding tip yang pertama kerana tanpa melakukan tip ini, yang pertama tak akan tercapai. Hebat sangatkah tip kedua ini? Teruskan membaca.

Kebanyakan orang begitu gopoh di dalam melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang diingini. Bila apa yang dilakukan tidak berjaya, maka mulalah menyalah orang lain atau terus berputus-asa. Di manakah silapnya? Silapnya adalah di langkah pertama!

Kesilapan di langkah pertama:

1. Tidak tahu asas-asas blog

2. Tidak menentukan topik blog yang 'menguntungkan'

3. Tiada pelan tindakan yang tersusun

Tidak tahu asas-asas blog
Pelik tapi benar. Ramai yang tahu membina blog, namun tidak tahu apa itu blog dan perkara-perkara asas berkaitan blog. Umpama memakan sesuatu tetapi tidak tahu apa yang dimakan tersebut. Sudah tentu ia bahaya bukan? Begitu juga blog, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan memiliki blog yang menguntungkan, anda perlu tahu asas-asas blog yang penting.

Melalui Pakej Kit Blogger, anda akan mendapat satu ebook asas mengenai blog dan pelbagai tips yang efektif dan praktikal di dalamnya, sebagai panduan asas kepada anda sebelum menghasilkan blog sendiri.

Tidak menentukan topik blog yang 'menguntungkan'
Di dalam Pakej Kit Blogger, pembaca (pembeli) akan ditunjukkan bagaimanakah cara mencari topik yang niche atau menentukan hidup atau mati blog mereka. Panduan lengkap bergambar dan langkah demi langkah yang jelas akan memberikan kefahaman mendalam kepada mereka mengenai cara mencari topik yang sesuai.

Pendek kata, antara sebab utama mengapa blog mati di pertengahan jalan adalah kerana salah menentukan topik yang kurang mendapat sambutan atau kurang permintaan.

Tiada pelan tindakan yang tersusun
Bahasa mudahnya adalah, tidak ada perancangan yang teratur, tersusun dan profesional. Pengalaman saya dan apa yang saya perhatikan, salah satu sebab 'gagalnya' kebanyakan blogger baru adalah kerana membina blog tanpa dimulai dengan perancangan yang baik. Pendek kata tiada Pelan Tindakan yang bersistematik.

Untuk itu, dalam Pakej Kit Blogger saya sertakan bersama Pelan Tindakan Blog yang menggariskan langkah demi langkah yang tersusun agar blog yang dihasilkan benar-benar terhasil daripada perancangan yang rapi, dan memberikan keputusan yang membanggakan.

Ikhlas,
Mohd Zulfadli (SmartZuL).

(keusahawanan internet)

Tip 1# Menjana Lebih Wang Melalui Blog

(keusahawanan internet)

Salam sejahtera, Mohd Zulfadli di sini.

Tahniah kerana anda melanggan "7 siri tips menjana pendapatan dengan blog". Ini bermaksud anda melakukan satu langkah yang bijak di dalam menambah ilmu dan juga ingin mencapai impian anda di dalam menjana pendapatan di internet.

Baiklah, emel siri pertama ini akan memberikan satu tip yang tidak ramai tahu atau tidak serius melakukannya walaupun ia senang. Tip tersebut adalah:

Mempelbagaikan sumber pendapatan melalui blog. Jangan hanya berharap dan tumpu pada yang satu. Namun lakukan secara fokus dan konsisten.

Ya, mudah. Tetapi hakikatnya ramai yang tidak melakukannya dengan serius atau dengan betul. Bagaimana?

1. Sertai beberapa program affiliate yang terbaik samada dari segi produk dan komisen yang dibayar serta reputasi pihak penganjur program tersebut. Komisen bagi produk affiliate untuk produk digital biasanya 40-50% daripada harga produk. Maka utamakan komisen sebegitu jika anda inginkan hasil yang memuaskan dan setimpal daripada usaha anda.

Produk affiliate mestilah ada permintaan (dikehendaki ramai) dan masih relevan dengan keadaan semasa. Kebanyakan penganjur program affiliate hanya ingin 'mempergunakan' anda untuk memperbanyakkan jualan mereka tetapi memberikan anda komisen yang 'sedikit' dan tidak setimpal dengan usaha kuat anda.

2. Sertai program PPC seperti Google Adsense atau lain-lain. Untuk program jenis ini, pilih hanya satu sahaja kerana biasanya menjadi syarat program tidak boleh mencampurkan dengan mana-mana program PPC yang lain.

Konsep asas untuk mendapatkan bayaran yang memuaskan melalui program google adsense adalah kandungan (artikel) yang fresh dan ori, keyword bernilai tinggi, pemilihan ads yang berkesan dan sudah tentunya blog anda memiliki pengunjung yang ramai.

Untuk mengetahui teknik-teknik adsense secara praktikal, dapatkan ebook panduan di dalam bahasa melayu dengan klik pada link berikut:

http://smartusaha.com/adsense.html

3. Menjual ruang iklan samada secara menggunakan pihak tengah atau melakukannya sendiri. Untuk menggunakan pihak tengah, anda boleh mencuba di http://text-link-ads.com atau di http://adbrite.com. Namun, mereka mengenakan syarat-syarat tertentu yang biasanya jika blog anda masih lagi baru, kebiasaannya amat sukar untuk mendapat kelulusan mereka.

Jika permohonan anda tidak lulus, maka jalan kedua adalah menjual ruang iklan sama ada banner atau link di blog anda kepada sesiapa yang berminat. Saya telah melakukan kedua-dua cara dan hasil yang saya dapati amat memuaskan. Namun, sebelum anda menjual ruang iklan, utamakan teknik-teknik yang dinyatakan di dalam ebook Kit Blogger.

4. Menjual produk sendiri. Ini sudah semestinya anda lakukan, jika boleh. Gunakan sebaik mungkin blog anda untuk 'mempromosikan' produk anda sendiri.

Itulah 4 cara buat duit melalui blog dan jika anda menggabungkan kesemua cara tersebut dan melakukan secara fokus dan serius, anda dapat melipat-gandakan pendapatan anda di internet.

Sekali lagi dinyatakan, segala tips yang anda dapat secara bersiri ini tidak akan lengkap jika anda tidak memiliki Siri Kit Blogger yang boleh didapatkan di http:///bloggingsteps.com/kit.

Nantikan tip ke-2 di inbox emel anda!

Ikhlas,
Mohd Zulfadli aka SmartZuL.

(keusahawanan internet)
Related Posts with Thumbnails
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

visitor stats