Oleh: Irfan Khairi
Keusahawanan Internet
Pernahkah anda fikirkankan, apakah sebenarnya di dalam minda seorang jutawan? Apakah persediaan minda yng dilakukan untuk menjadi seorang yang berjaya?
Pernahkah anda dengar cerita tentang seseorang yang tiba-tiba mendapat durian runtuh (dari segi kewangan, bukan durian!), tetapi, tidak lama kemudian segala yang dimiliki hilang entah ke mana?
Ini adalah kerana minda seseorang itu belum bersedia menerima situasi durian runtuh tersebut. Maka, terjadinya konflik antara minda yang belum bersedia dan tingkah lakunya.
Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas orang-orang yang berjaya, tidak kira jutawan, ahli sukan, personality atau ahli politik. Teknik yang sering digunakan dalam menguasai minda di gelar NLP (Neuro linguistic programming). Artikel ini menyentuh satu cara menguasai minda yang sering digunakan dalam mempersedia dan mencapai apa sahaja kejayaan.
Fikiran manusia adalah sesuatu yang amat kompleks di mana ia dikatakan manusia belum lagi menggunakan kuasa minda sepenuhnya. Minda anda adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tiada komputer di dunia dapat berfungsi seperti minda anda. Bagaimanakah caranya
menggunakan kuasa minda untuk berjaya? Berikut adalah 5 langkah untuk membangunkan minda jutawan...
Langkah 1: Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.
Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkannya pada kebanyakan masa. Apa yang anda sering fikirkan? Usahawan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan kejayaan berurusniaga. Ahli sukan yang berjaya sering memenuhi mindanya
dengan gambaran memenangi pingat.
Ahli sukan popular, Lance Armstrong pernah menghidap penyakit barah yang amat serius sehinggakan para doktor menganggap beliau tidak akan dapat meneruskan hidup. Lance Armstrong bukan sahaja membuktikan beliau boleh pulih dari barah, tetapi dengan
menggunakan teknik memenuhi fikirannya dengan gambaran kejayaan dalam bidang lumba basikal, Lance kemudiannya memenangi pertandingan basikal yang paling sukar sekali, iaitu Tour de France sebanyak 7 kali!
Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ianya akan menjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga minda anda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.
Langkah 2: Sebutkan dengan jelas
Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation. Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan
diri sendiri. Affirmation yang paling popular digunakan di dunia adalah:
"In every day and every way I am getting better and better".
"Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik"
Ianya adalah penting untuk kata-kata anda adalah sesuatu yang benar. Maksudnya, sekiranya setiap hari anda menjadi semakin malas, maka, kata-kata itu tidak akan membantu, tetapi hanya akan mengurangkan motivasi anda oleh kerana minda akan menemui konflik.
Sebagai contoh, sekiranya anda menyebut berulang kali "Saya akan pergi ke Gym untuk bersenam dan menjadi semakin kuat", tetapi anda hanya duduk di rumah dan bermain Playstation 2 anda 24jam sehari, kata-kata affirmation tersebut tidak akan membantu anda. Malah, ianya akan mengurangkan motivasi anda.
Apabila memberi affirmation, sebutkan yang benar sahaja seperti "Saya kini tiada wang, saya perlu menyiapkan novel saya yang akan membantu dalam kewangan saya!". Kemudian, terus ke komputer anda dan mula kerjakan novel anda itu!
Langkah 3: Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan
Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut. Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama
swimming pool dan 3 buah kereta mewah di garage. Sekiranya anda seorang ahli sukan, maka bayangkan anda memenangi acara anda. Berdiri di podium dan disarungi pingat emas.
Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk mencapai cita-cita tersebut. Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca dan sebagainya dengan jelas.
Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran ini di dalam minda anda, lebih hebat efeknya kepada anda. Simpan gambaran tersebut selama 1 minit... 5 minit... 10 minit dan sebagainya. Seorang pemain bola sepak terkenal sebelum memulakan perlawanan bola sepak, menyimpan
gambaran kejayaannya di padang dalam kepalanya selama 90 minit- iaitu jangka masa seluruh perlawanan!
Kekerapan anda menggabarkan ini juga akan membantu, di mana sekiranya anda lebih kerap membayangkannya setiap hari, maka, ia akan mudah menjadi untuk anda. Jangan lupa- anda akan menjadi apa sahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.
Langkah 4: Masukkan emosi
Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya.
Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk hireraki keperluan Maslow. Bayangkan diri anda gembira, keluarga anda gembira, teman-teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda. Ketika affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi oleh
kerana ianya akan membantu anda.
Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi anda.
Langkah 5: Percaya dan yakin ini terjadi
Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan, kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar, kesemuanya adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakin
anda akan berjaya.
******
Kejayaan adalah keadaan minda. Dengan menguasai minda anda, iaitu dengan cara anda berfikir, anda juga boleh membangunkan minda jutawan di dalam fikiran anda.
Bagaimanakah langkah-langkah ini membantu anda? Bayangkan scenario ini yang saya pasti anda pernah lalui.
Anda bangun dari tidur dan mendapati jam loceng anda tidak berbunyi dan anda kini lewat untuk satu temujanji yang penting! Apa yang terjadi? Dengan serta merta anda keluar dari katil, menyiapkan diri anda dengan pantas. Secara tiba-tiba anda mengerah seluruh tenaga anda untuk memotivasikan anda memenuhi temu janji itu, bukan?
Cuba fikirkan, adakah ketika itu minda anda dipenuhi dengan langkah-langkah di atas? Sudah tentunya. Sebaliknya, anda boleh menggunakan langkah-langkah ini untuk memotivasikan anda mencapai kejayaan yang anda inginkan.
Keusahawanan Internet
Jadilah usahawan internet yang sejati, usahlah dirundung kesedihan kerana wujudnya persaingan yang sengit di dalam bidang perniagaan. Yakinlah dengan janji Ilahi di mana usahawan internet yang jujur dan beriman akan pasti berjaya di dunia dan akhirat.
Monday, February 16, 2009
Monday, January 19, 2009
Compound Interest - Senjata Jutawan
Oleh Irfan Khairi
Keusahawanan Internet
Sering saya ditanya "Apakah rahsia untuk menjadi kaya?". Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?
Jawapannya amat mudah - infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana di dalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. Cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.
Caranya bukanlah cara cepat kaya... tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran...
Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlahnya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan ke dalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam
tabung tersebut adalah RM14,600.
Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let's face it... RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.
Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut disimpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.
RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?
Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest).
Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compund interest adalah "the greatest invention of all time".
Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!
Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa kompoun interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan
minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds).
Pasangan tersebut sebenarnya adalah di dalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!
Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).
Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!
Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.
Kunci untuk kompoun interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek kompun interest diperlambatkan.
Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.
Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.
Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun...
Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39
Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 - walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.
Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal - walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat - walaupun dua kali ganda.
Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh... tapi Irfan - menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.
Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum
riang memenangi perlumbaan!
Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini ke dalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!
Salam cemerlang!
ps: Untuk melipat kali gandakan pendapatan melalui compound interest, tambahkan hasil pendapatan anda, mungkin dari memulakan perniagaan secara sambilan dan gabungkannya dengan pendapatan melalui compound Interest ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)