Sunday, June 30, 2013

Bagaimana Memulakan Perniagaan Dari Kosong

Keusahawanan Internet

Oleh: Irfan Khairi

Kebanyakan daripada kita mahu menjalankan perniagaan sendiri, mahu bebas kewangan dan bebas masa untuk bersama keluarga. Sering kali, halangan yang kita hadapi adalah, kita selalu memikirkan "saya perlu duit yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan".

Sekiranya MODAL merupakan faktor utama kepada anda, saya mencadangkan supaya anda menyemak dan mengenalpasti 3 kaedah ini untuk memulakan perniagaan dengan modal yang MINIMA iaitu;

1. TANGGUHKAN perniagaan yang biasa dilakukan oleh usahawan lain seperti menyewa pejabat, mengupah pekerja dan sebagainya yang melibatkan kos PERMULAAN yang tinggi. Menangguh bukan bermakna untuk selama-lamanya tidak mempunyai pejabat TETAPI ia adalah permulaan bagi kita dalam memulakan perniagaan - ianya boleh dijalankan dari rumah.

2. Menjalankan perniagaan melalui Internet menggunakan tools Internet yang sedia percuma, seperti blog, Facebook, dan Paypal, yang hanya memerlukan sedikit usaha daripada anda untuk menambahkan cara, kaedah dan strategi menjalankan perniagaan Internet.

3. Belajar kaedah menguruskan masa. Sebenarnya, modal dan masa adalah komoditi yang sama sifatnya. Sekiranya anda tiada modal untuk memulakan perniagaan, anda perlu mengorbankan lebih masa. Caranya adalah dengan mengetahui cara menguruskan masa anda dan memulakan perniagaan secara sampingan dari rumah.

Ada banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk menjalankan perniagaan dari 0, antaranya mengetahui apa yang pelanggan mahukan, apa yang perlu kita tawarkan serta langkah yang boleh kita ambil secara percuma untuk mepromosikan perniagaan kita.

Keusahawanan Internet

Sunday, October 14, 2012

Media Sosial - Media Wang! Jadikan Media Sosial Untuk Menjana Pelanggan

Keusahawanan Internet

Oleh: Irfan Khairi

Baru-baru ini, dilaporkan, 1 billion pengguna Internet di seluruh dunia mempunyai akaun Facebook yang aktif. Setiap hari, beratus juta pengguna Twitter aktif menggunakan Twitter. Tak juga YouTube pula yang mendapat 800 juta pelawat setiap bulan!

Tidak boleh dinafikan lagi, perniagaan yang mengabaikan media sosial, mengabaikan prospek dan bakal pelanggan! Sekiranya anda mempunyai perniagaan, dan masih belum menggunakan media sosial dalam menambah ramaikan pelanggan anda, maka, anda akan ketinggalan oleh pesaing-pesaing anda yang kini mula menggunakan media sosial.

Satu teknik yang anda boleh gunakan untuk menambah pelanggan anda adalah dengan menciptakan satu komuniti berdasarkan industri anda melalui Facebook. Buka satu akaun Facebook Page melalui http://www.facebook.com/pages dan mulakan komuniti anda. Pilih nama yang sesuai berdasarkan perniagaan anda.

Komuniti yang baik akan menyampaikan berita-berita terkini dan juga maklumat-maklumat menarik mengenai industri anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual tudung (offline atau online), bina satu komuniti yang berkongsikan tip-tip fesyen muslimah, gambar-gambar fesyen tudung terkini, maklmat dan fakta menarik mengenai fesyen dan sebagainya.

Mereka yang berminat dengan fesyen, akan "Like" page anda dan sering berinteraksi dan berhubung di page Facebook anda.

Apa yang akan terjadi adalah, anda mengumpul prospek-prospek terbaik anda iaitu, mereka yang minat dengan fesyen muslimah di ruang Facebook anda. Dan setiap hari, mereka akan menerima feed/berita dari anda - termasuk promosi-promosi perniagaan anda.

Terdapat pelbagai lagi teknik menambahkan pelanggan untuk apa sahaja perniagaan melalui Media Sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan banyak lagi.

Tanggungjawab anda adalah untuk mengetahui dan pelajari teknik dan kaedah media sosial untuk mengubahkan Media Sosial menjadi Media Wang anda!

Keusahawanan Internet
Related Posts with Thumbnails
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

visitor stats